Translate

Sabtu, 18 Julai 2009

Sekeping Gambar Yang Memberi Seribu Makna

Kerajaan akan meneliti cadangan pelbagai pihak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan bebas kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
Sementara itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan kredibiliti Najib akan musnah dan peningkatan sokongan yang diperolehinya dari 45% ke 65% sebaik sebelum hari 100 pemerintahannya akan turun mendadak jika kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM di Shah Alam kelmarin.
Dalam satu perkembangan berkaitan pihak polis masih belum mengetepikan lagi teori kemungkinan ada perbuatan khianat disebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat yang dijalankan dua pakar patologi semalam menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.(kelab greenboc)
Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.
Mayat Teo bagaimanpun dibawa keluar oleh anggota polis jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar.
Terdahulu itu, lima pakar forensik berpakaian merah hati dari tiga buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira-kira jam 6.30 petang.
Keluarga mangsa yang ditemui dalam bangunan yang menempatkan pusat beli belah dan pejabat itu, bagaimanapun enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan.
Abang kepada mangsa, yang menunggu hampir empat jam, dibenarkan masuk ke dalam bangunan di tingkat lima itu kira-kira jam 8.30 malam untuk melihat mayat Teo.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis bertindak secara tidak professional kerana membiarkan waris menunggu terlalu lama.
Ronnie turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan MACC terhadap beliau dan Adun Seri Kembangan untuk menemui mangsa.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kesal kerana polis tidak membenarkan beliau dan abang mangsa melihat mayat Teo.
Sementara itu, kelihatan beberapa anggota parti Pakatan Rakyat menyalakan lilin sambil memegang beberapa sepanduk di hadapan pintu masuk Plaza Masalam sebagai protes terhadap kematian Teo.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam sidang media berhampir tempat kejadian berkata, kes ini diklafisikasikan sebagai kematian mengejut tetapi polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk pengesahan.
Menjawab soalan pemberita, mengapa pakar bedah siasat diambil daripada tiga hospital yang berlainan, Datuk Khalid menganggap ia adalah kes sensitif.
Sebelumnya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab terhadap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock tersebut.
Menurutnya, ini kerana Teo ditemui mati, dipercayai jatuh daripada tingkat 14, bangunan Plaza Masalam, selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu, sehingga awal pagi tadi.
Tan Sri Khalid berkata, Teo dibebaskan kira-kira jam 3.45 pagi tadi selepas disoalsiasat selama hampir 10 jam bermula 6 petang semalam.
Terdahulu itu, Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah yang menunggu di pejabat SPRM bersama peguamnya, Govind Singh Deo, tidak dibenarkan bertemu mangsa yang sedang disoal siasat.
Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan bangunan itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Teo bagaimanapun, ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu, kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Difahamkan, Teo bakal mendaftarkan perkahwinannya bersama seorang gadis, Sue Sue Quay, 28 tahun, di Melaka esok.
Dalam satu sidang media tergempar di bangunan Annex, Shah Alam, petang tadi, Tan Sri Khalid meminta Ketua Polis Selangor menjalankan siasatan terpeinci bersama pakar pathologi dari Pusat Perubatan Subang Jaya yang mewakili kerajaan.
Katanya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar juga telah memberi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap kes ini.
"Selaku Menteri Besar saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan beliau membenarkan Kerajaan Negeri untuk menghantar pasukan pathalogi untuk jalan siasatan tersebut bersama pasukan pathalogi pihak polis," katanya.
Dengan nada sedih, beliau memberitahu ini adalah kejadian pertama berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, melibatkan kakitangan Exco.
"Saya harap tidakk berlaku lagi dan ini merupakan satu kerugian kepada negeri Selangor," jelasnya.
Beliau mengucapkan takziah kepada keluar Teo dan menganggap ia sebagai satu tragedi kepada keluarga mangsa.
Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada waris mangsa bagi meringankan bebanan mereka menguruskan upacara pengkebumian Teo.
Sementara itu, Ean dalam sidang media yang sama berkata, beliau cuba mengeluarkan Teo daripada pejabat SPRM itu dan mencadangkan siasatan disambung esok, tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian.(pemuda besut)
Kematian yang dikelaskan mengejut memang mengejutkan banyak pihak. Antara persoalan yang perlu dijawab serta difikirkan oleh penyiasat...
BATU BATA DI SEKELILING MAYAT...? KALAU BOLEH CARI APA-APA PETUNJUK..CAP JARI KE..DARAH KE..REMBESAN AIR LIUR KE..
SELUAR YANG KOYAK...PERLU DITELITI...ADA DARAH KE..ADA REMBESAN AIR KE.. LIHAT PADA MAYAT..ADA LEBAM KE..BEKAS TOLAKAN..PUKULAN...DAN SEBAGAINYA... CARI PETUNJUK DI TEMPAT KEJADIAN...DARI MANA JATUH...ADA KESAN CALAR KE...
PAKAR PATOLOGI PERLU MENILAI KESAN RETAKAN AKIBAT JATUH DARIPADA TINGKAT 14..
MAKA PASTI RETAKAN KUAT BERLAKU..
DIKUATIRI MANGSA DIBUNUH DI TEMPAT LAIN..DILETAKKAN DI SITU..PERLU SIASAT..
PERCIKAN DARAH AKIBAT JATUH DARI TEMPAT TINGGI JUGA TIADA KELIHATAN..
BANYAK PERLU DIKAJI...DIHARAP MALAYSIA PUN MEMPUNYAI KEPAKARAN SETANDING CSI..JANGAN PAKAR LETUP SAHAJA..CSI NI PENTING...(ahlifikir2)
Ulasan Musafirlalu.... Diatas saya mengambil sedikit daripada banyak-banyak blog yang mengulas tentang kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai terbunuh di bangunan SPRM. Beliau yang dikatakan terjatuh daripada tingkat 14 bangunan tersebut. Bermacam-macam teori dan andaian telah ditimbulkan oleh berbagai pihak berhubung isu tersebut. Dan yang terbaru daripada laporan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Selangor ialah terdapat berbagai kecederaan pada tubuh mangsa. Semasa bedah siasat dilakukan pada tubuh badan mangsa. Yang tu tak payah lapor pun orang tahu, kalau dah jatuh dari tingkat 14, mestilah banyak kecederaan akan dialami. Macam tak profesional langsung laporan polis, orang kampung pun lebih tahu. mereka tahu bagaimana kalau jatuh dari pokok kelapa macam mana, mesti patah tulang-tulang. Itu jatuh dari pokok kelapa, bagaimana dengan bangunan setinggi 14 tingkat, mesti berkecai tubuh badan.
Pihak polis juga menasihatkan agar orang ramai tidak membuat berbagai andaian dan kenyataan berhubung isu tersebut kerana ini boleh menganggu siasatan yang dilakukan oleh pihak polis. Dan pihak polis telah mengambil keterangan dari 23 saksi dan 17 daripadanya adalah pegawai SPRM. Apa yang menjadi lemusykilan saya ialah, apabila saya melihat gambar mayat mendiang didalam keranda, ia betul-betul menjadi tanda tanya. Kerana daripada wajah beliau, saya boleh katakan yang beliau tidak jatuh dari tingkat 14. Kita yang bukan pakar pun boleh mempertikaikannya. Tingkat 14 bukanya tingkat 4 dan wajah beliau pun tidak berkecai pun. Macam mana boleh polis melarang orang ramai membuat andaian ataupun spekulikasi apabila meliahat keadaan mayat beliau. Bagaimana beliau masih lagi boleh berada didalam bangunan SPRM sedangkan siasatan terhadap beliau sudah dikatakan selesai lebih awal. Bangunan SPRM bukannya satu tempat yang boleh keluar masuk sesuka hati. Kerana bangunan SPRM adalah satu tempat yang menyimpang banyak dokumen-dokumen rahsia. Saya tidak mempertikaikan tentang polis Malaysia dalam melakukan sesuatu siasatan, kerana mengikut piawaian antarabangsa, dahulu polis Malaysia diantara yang terbaik di dunia. Itu dahulu, sekarang saya tak tahulah macam mana kalau diambil kira tentang kes siasatan mata lebam DSAI, kes Kugan, kes Altantuya dan bermacam lagi. Apakah rakyat boleh merasakan yang mereka sekarang boleh dijamin dengan keselamatan mereka. Apakah pihak penguatkuasa undang boleh menjamin keselamatan kita semua sekiranya rakyat yang berada dibawah jagaan mereka pun boleh terbunuh. Bagaimana badan beliau tidak berkecai, bagaimana kematian Kugan dikatakan kerana sesak nafas.(asma) tetapi apabila post-mortem dilakukan, banyak kesan-kesan seksaan pada tubuh mangsa, bagaimana dengan kes mata leban DSAI dan banyak lagi kes-kes yang telah disembunyikan daripada pengetahui rakyat marhean. Seingat saya. hanya beberapa kes yang berprofail tinggi sahaja yang telah di bawa ke Mahkamah, iaitu pun hanyalah setelah mendapat tekanan yang kuat dari pihak pembangkang dan rakyat jelata. Kes tersebut pun hanyalah sebagai menyedapkan hati rakyat, tetapi kita tidak tahu kesudahan kes-kes yang berprofail yang lain. Didalam kes-kes yang berprofail tinggi yang lain, terus senyap sampai sekarang. Apakah pihak penguatkuasa undang-undang boleh mengula-gulakan rakyat dengan hanya 1 % sahaja dan menengelamkan 99 % kes-kes yang lain. Mungkin penguatkuasa undang-undang merasakan yang rakyat akan lupa pada kes-kes yang lain dengan menghidangkan satu dua dan menutup yang lain. Sekiranya itu andaian mereka, maka saya berani menyatakan yang mereka telah melakukan perkara yang salah. Apakah pihak penguatkuasa boleh mendabik dada dengan isu Dato' Harun Idris, Botak Chin, Batangkali, Moktar Komando, dan kes yang terbesar sebelum kes DSAI iaitu kes pembunuhan Dato' Taha. Memang kes pembunuhan politik Dato' Taha, adalah satu kejayaan besar PDRM dalam sejarah penyiasatan polis. Dimana pihak polis berjaya membuatkan tangkapan terhadap Datuk Moktar Hashim, iaitu Menteri Belia pada masa itu. Beliau adalah seorang menteri muda yang semakin cerah untuk pergi lebih jauh lagi dalam politik tanah air pada masa itu. Dato' Taha yang beliau bunuh itu adalah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan. Oleh kerana timbul persaingan mencari pengaruh politik di Negeri Sembilan. Dan Dato' Mokar Hashim telah didapati bersalah olehh Mahkamah inggi dan dijatukan hukuman gantung sampai mati. Tetapi beliau telah diberikan pengampunan oleh kerajaan Tun. Dr. Mahathir pada tahun 90 an. Itu dulu......... masa polis boleh dikatakan masih lagi bersih walaupun tidak sebersih mana pun. Dato' Moktar Hashim hanya kalah kerana keterangan daripada seorang tua yang buta huruf. Beliau hanya dapat melihat nombor plat kereta mercedes yang bernombor JJxx. Apabila ditanya oleh peguam bela, saksi tersebut hanya menyatakan yang beliau mengenal nombor kereta tersebut kerana berpandukan huruf JJ yang melambangkan mata kail kerana beliau adalah seorang pemancing. Itu dulu, zaman yang serba kekurangan tetapi si zaman ICT ini, ditambah pula dengan DNA dan siasatan ala CSI, maka lebih mudah lagi pihak polis menjalankan siasatan. Berikanlah kepada rakyat dengan lapuran-lapuran yang tepat. Sekiranya ada ganguan dari pihak atasan dalam melakukan siasatan tersebut, maka satu Suruhan raya Diraja adalah jalan terbaik kerajaan untuk membersihkan nama-nama mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular