Translate

Sabtu, 18 Julai 2009

Polis Jangan Mengeluarkan Kenyataan Yang Mengarut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan pihak polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta dan menyiasat secara menyeluruh kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teo Beng Hock.

Serentak itu, beliau meminta semua pihak membenarkan polis menjalankan siasatan tanpa sebarang halangan yang boleh mengganggu siasatan.

''Dalam soal ini kita mahu supaya tidak ada perkara yang perlu diselindungkan, siasatan perlu dibuat secara telus. Saya fikir ini langkah sewajarnya dibuat kerana ia sekarang di bawah tanggungjawab polis.

''Saya yakin polis akan siasat rapi dan tidak perlu bimbang dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini hari ini.

Beliau mengulas kes kematian Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, petang semalam.

Beng Hock yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan salah seorang saksi untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Muhyiddin seterusnya berkata, jika perlu, polis juga akan menyiasat parti politik dan anggota SPRM.

Ditanya tindakan segelintir pihak membuat bermacam-macam tuduhan melulu berhubung kematian mengejut bekas wartawan itu, beliau berkata, semua pihak perlu bertenang.

''Mereka mungkin terlalu emosional, sepatutnya mereka mesti bersikap rasional, kita jangan awal-awal buat tohmahan atau menuduh pihak tertentu melakukan itu ini, ini akan timbulkan salah faham.

''Saya fikir dalam kes sebegini berat sepatutnya pihak berkuasa polis buat siasatan rapi, eloklah kita tunggu hasilnya," katanya.

Ditanya tindakan pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan di hadapan Plaza Masalam, beliau berkata, mereka seharusnya mendapatkan permit polis.

Bagaimanapun, tegas beliau, polis tidak harus dipersalahkan jika terpaksa mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan itu.

''Saya percaya polis akan kendalikan kes ini, jangan cakap banyak kita semua tak tahu apa sebenarnya berlaku," katanya.

Ulasan Musafirlalu...........

Apabila memberi jaminan yang pihak polis tidak akan menyembunyi kan apa-apa maklumat tentang kematian Teog Beng Hock. Bagaimana dengan kes Kugan yang mana terpaksa di laku post-mortem yang kedua disebabkan rasa tidak puas hati keluarga beliau dengan post-mortem yang pertama di mana pihak polis telah terang-terang menyembunyi kan kematian beliau yang ternyata telah berlaku penderaan ke atas mangsa.

Pihak polis juga menyelar sikap parti pembangkang yang tidak memohon permit un tuk berhimpun. Kalau pihak pembangkang memohon permit dari pihak polis, apakah ia akan diluluskan. Jangan hanya pandai cakap aje bila menyalahkan pihak pembangkang. Cukuplah pihak polis membuat kenyataan-kenyataan yang sentiasa menyalahkan pihak pembangkang. Buat menyakitkan hati sahaja..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular