Translate

Jumaat, 24 Julai 2009

Tok Mufti Mula Bersuara.

Masa pergi buat umrah di Mekah................. comel bertudung Selepas pulang dari melakukan umrah di Mekah....................... buka sikit tudung.
Bila dah betul-betul ada kat Malaysia..................... habis tudung dibangkul sampahkan. Menyampah aku pakai tudung.... rimas.... rimas.... kamu mana tahu betapa rimasnya aku. Habis rosak rambut aku........... kamu mana tahu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

''Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.

''Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.

Dalam pada itu, ketika menjawab satu soalan berhubung isu berkenaan, Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.

''Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,'' tekan beliau.

Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.

Ulasan Musafirlalu,

Setelah sekian lama berdiam diri, baru sekarang beliau mengeluarkan pendapat yang berkaitan tentang hukum menyalakan lilin. Bila ada ajer isu agama yang melibatkan Pakatan Rakyat, maka timbullah Tok Mufti kita. Ada ajer hal Pakatan Rakyat, maka timbullah beliau. Pelik.... pelik, bukan main ligat lagi beliau berhujah.

Memang kita tidak menafikan apa yang tok mufti katakan kerana ia melibatkan akidah. Bukan satu perkara yang boleh kita buat main-main. Tengah tawaf pun beliau sanggup menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan apabila meminta hukum tentang hukum berpuasa bagi yang beragama Islam dan mogok lapar bagi yang tidak beragama Islam. Ianya berkisar tentang isu mogok lapar dan puasa yang dilakukan oleh penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Tetapi apabila ditanya tentang hukum adun daripada Umno membawa tok bomoh, sampai sekarang sunyi sepi tanpa apa-apa jawapan. Inikah sikap seorang yang bertaraf tok mufti, yang mengeluarkan kenyataan lebih kepada memihak. Seorang mufti tidak boleh memihak kepada sesiapa sahaja, hatta Sultan sendiri pun. Kerana mufti (dulu tak wujud jawatan mufti) adalah satu amanah yang terpaksa dipikul di bahu dalam mempertahankan kesucian Islam. Apa yang saya fikir didalam kepala otak ini, mufti sekarang bukannya memikul amanah tetapi memikul harta. Andainya tok mufti kita ini seorang yang memegang amanah yang diberikan, tolong jawab tentang hukum gambar kat atas tu. Hamba yang hina ini ingin meminta tok mufti menjawab beberapa soalan yang menjadi kemusykilan hamba selama ini, iaitu; 01. Hukum Sure Heboh kat Lumut tempoh hari 02. Hukum rampasan kuasa secara kudeta di Perak. 03. Hukum bertafakur di tugu negara 04. Hukum makan gaji buta. 05. Hukum mempermainkan tudung kepala macam kat atas. 06. Hukum adun bawa bomoh pi jampi kat bangunan SUK. Cukuplah 6 soalan, nanti bagi banyak-banyak kena strok atau lemah jantung pula. Jangan salah faham pulak, aku tak mintak dan minta dijauhikan lagi. Dan jangan tok mufti marah kat aku pulak pasal aku nak tahu jawapannya pasal ia melibatkan pemimpin Umno. Pasal kalau bab Pakatan Rakyat, kita tak tanya pun dia jawab, jadi kali ini kita tanya, nak dengar dia jawab ke tidak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular