Aku ni bukan pandai sangat bab-bab ugama kalau nak di bandingkan dengan DS Zambry kerana dia lagi pandai daripada aku. Pasal dia ada penasihat agama, mufti lagi. Tak cukup dengan mufti, dia lantik sorang lagi jadi penasihat agama lebih muda bertaraf exco lagi, macam mufti juga sama taraf dengan exco. Bayangkan lah dia saja ada dua orang penasihat agama, sorang mufti, sorang lagi bertaraf exco. Bukan apa, pasal mufti tu dah berumur, mana lah tahu kut-kut ter'nyanyuk' sikit(maaf ya... minta laluan). Kerana itulah terpaksa lantik yang muda sikit, pasal yang muda ni gerenti cergas otaknya. Tapi apa kan daya, lantik yang muda terlebih cergas pula.
Ini mesti idea penasihat muda yang suruh Zambry jolok tentang Nizar pegang lilin di pejabat DAP tempoh hari semasa sidang akhbar tentang kematian Teoh Beng Hock. Konon-kononnya boleh buat modal politik, pasal orang Melayu ni sensitif sikit kalau bab-bab agama. Siap suruh PAS keluarkan fatwa lagi, tentang isu pegang lilin. Ingatkan boleh perkenakan Nizar, rupa-rupanya kena lubang hidung sendiri. Tak pasal-pasal kena TKO dari TGNA, ini semua kerana penasihat agama yang muda la tu. Tak boleh diharap langsung, dahlah aku bagi pangkat taraf exco, ini balasan kamu kat aku......... puiiiiiiiiiiiiiiih, tak guna. Bab tu aku reka sendiri.
Kalau nak kira hukum, suruh lah penasihat agama yang muda tu beri hukumnya. Tolong hukum kan tentang adat bersanding, mandi bunga, saka, bertindik di hidung, main pantai, main teri, bertafakur di tugu negara, sure heboh dan merampas negeri secara haram. Banyak lagi kalau nak ikut kan hati, tapi tolong jawab yang sikit ini dulu. Sebelum nak mengata orang cermin lah muka dulu.
Pasal aku jahil lah, aku kena tanya SS Alfadhil Ustaz Zambry Al-D-Pulaui. Kerana beliau sememangnya seorang yang teramat arif tentang fatwa-fatwa ni. Bab hukum hakam ini memang telah teruji akan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan seperti Sure Heboh dan Rampasan Negeri. Harap-harap boleh Alfadhil tolong jawab soalan yang menjadi kemusykilan hamba selama ini.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 23 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula ke...
-
Akhirnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui 800 unit saham Felda Glo...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Nama saya Kassin bin Matshah dan saya tinggal di Pekan Tambun, Ipoh, Perak. Sa...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang be...
-
"Saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam, (saya) professor madya dalam perundangan islam….tapi orang-orang awam anggap mereka ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan