Umno yang sinonim dengan bangsa Melayu ialah parti yang berasaskan kepada parti perkauman. Ia adalah parti terbesar bagi kaum Melayu jikalau mengikut kepada perangkaannya. Tetapi kalau mengikut kepada keahliannya, Umno bukan parti terbesar kepada kaum Melayu kerana keahlian yang sebenarnya tidaklah sampai kepada angka 1.5 ataupun 2.0 ataupun 2.5 juta ahli seperti yang digembar-gemburkan. Ini ialah kerana keahlian ahli Umno dibayar sendiri oleh ketua cawangan masing-masing. Dan boleh dikira dengan jari ahli-ahli Umno betul-betul membayar sendiri yuran keahlian mereka setiap tahun.
Anda boleh bertanyakan kepada ahli-ahli Umno, apakah mereka membayar yuran keahlian mereka setiap tahun?. Pasti jawapannya adalah tidak melainkan keahlian mereka dibayar oleh cawangan masing-masing. Itulah hakikat yang sebenarnya yang tidak boleh dinafikan oleh ketua cawangan-cawangan Umno. Kerana itulah kira tidak boleh mengatakan Umno adalah parti terbesar bangsa Melayu.
Untuk parti-parti kompenom Barisan Nasional, Umno bukanlah sebuah parti yang mempunyai semangat setia kawan. Kerana Umno sebagai tonggak utama dalam Barisan Nasional, parti-parti lain telah dipermain-mainkan oleh Umno. Sebagai contohnya ialah parti PPP dan Gerakan, bagaimana mereka telah diperkudakan oleh Umno. PPP adalah salah satu parti yang terkuat di Perak suatu ketika dahulu dan memiliki beberapa kerusi Dun dan Parlimen. Tetapi sekarang apa sudah berlaku kepada PPP, yang langsung tidak mempunyai satu kerusi pun baik di Dun mahupun di Parlimen. Dan jawatan Timbalan Menteri yang diberikan pun melalui jawatan Senator.
Kenapa di Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, hanya Umno sahaja yang memiliki kerusi yang paling banyak. Sebabnya ialah, Umno hanya memberikan kerusi kepada parti kompenon Barisan Nasional kerusi yang tidak selamat melalui 'skuad risikan' mereka (polis lah yang menjadi skuad risikan Umno) yang membuat risikan mereka di sesuatu kawasan Dun mahu pun Parlimen. Kerana itulah dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, hanya parti Umno yang memiliki kerusi yang paling banyak. Kerana mereka hanya memilih kawasan yang selamat sahaja untuk bertanding.
Itulah kenyataannya bagaimana cara Umno mengawal pergerakan parti-parti kompenom Barisan Nasional selain daripada Umno, melainkan di Sarawak. Di Sabah pula mereka telah mula mengatur langkah dalam usaha mengecilkan parti-parti yang lain, terutamanya PBS. Itulah strategi Umno dalam usaha pemimpin utama mereka untuk mempertahankan hayat parti Umno. Kerana kesenambungan mereka yang menganut ideologi 'matlamat menghalalkan cara'.
Tidakkah pemimpin-pemimpin MCA, MIC, PPP, Gerakan, PBS, IPF dan parti-parti yang kecil tidak menyedarinya. Yang pasti, pemimpin-pemimpin mereka tahu dan amat mengetahuinya tetapi tidak melakukan apa-apa kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri. Kerana itulah sahaja cara mereka dan anak bini mereka boleh mengumpulkan kekayaan buat diri mereka sendiri. Kerana itulah mereka sanggup menipu dan mempermainkan pengikut-pengikut mereka sendiri.
Bagi mereka, kalah ataupun menang tidak menjadi masalah buat mereka, kalah pun dapat pangkat dan harta apatah lagi kalau menang. Mereka sendiri boleh melihat dan menilai akan kekayaan pemimpin-pemimpin mereka. Hanya sepenggal dua menjadi wakil rakyat, berjuta-juta dapat dikumpul. Yang ahli-ahlinya hanya sekadar menjadi barua sahaja setelah mendapat seratus dua. Itulah sikap pemimpin Umno yang membawa hala tuju parti untuk kesenangan dunia.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 27 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bilal bin Rabah r.a., telah diseksa hanya kerana menyebut perkatan 'A'HAD' sahaja. Beliau diseksa ditenganh padang pasir dengan ...
-
Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Umno untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu, yang mana sasarannya ialah 30 %. Apakah...
-
Angkatan Tentera Diraja Malaysia mengusung jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangk...
-
Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ...
-
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj yang disebut di dalam Al-Quran itu.Apakah golongan ini sentiasa wujud di setiap zaman? Ianya telah di...
-
Siapa Lebih Islam? Nampaknya di negara ini ada dua cara untuk memperjuangkan Islam. Dengan cara berhemah, umno mementingkan pembangu...
-
Ini aku gerenti nasi bungkus dengan milo ais belum sampai Kesian no...berteriak sampai hilang suara dan pastikan BN bayar lebih pasal...
-
Memandangkan hukuman sebat dijatuhkan di negeri kelahiran Pendana Menteri, maka Umno yang mengaku sebagai parti Islam patut mengharamkan Sis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan