Translate

Isnin, 24 Ogos 2009

Apakah Kita Telah Diuji......

Bilal bin Rabah r.a., telah diseksa hanya kerana menyebut perkatan 'A'HAD' sahaja. Beliau diseksa ditenganh padang pasir dengan meletak katu diatas dadanya. Bolehkah kita bayangkan akan betapa peritnya seksaan yang beliau hadapi.dengan hanya menyatakan 'Allah Itu Satu'.

Kita sekarang ini,  bukan sahaja boleh menyatakan 'Allahuakhbar' malah kalau kita laungkan dikhalayak ramai pun orang tidak hiraukan. Bukan kerana negara kita aman, tetapi kerana kerajaan Barisan Nasional langsung tidak peka terhadap Islam itu sendiri.

Apakah cukup dengan membina masjid-masjid dan menghiasinya maka mereka boleh mengatakan Malaysia sebuah negara Islam. Apakah dengan meletakkan agama Islam didalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka mereka boleh mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

Apakah dengan melakukan penerapan nilai-nilai Islam sudah cukup untuk mengatakan yang mereka mengambil berat tentang Islam. Apakah cukup dengan memberi masa 2 jam setengah rehat pada hari Jumaat unruk membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat, maka mereka menyatakan mereka mengambil berat tentang Islam.

Kenapa apabila PAS mendesak agar hukum Syariah dilaksanakan di Malaysia, berbagai ugutan telah diberikan kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu. Dan ada juga suara-suara sumbang menyatakan hukum tersebut tidak boleh dilaksanakan lagi pasal umat Islam belum memahaminya lagi.

Jikalau itulah alasan yang diberikan, kenapa apabila JPJ membuat suatu undang-undang jalanraya, rakyat tidak diberi apa-apa penerangan pun, mereka tetap mengikutinya.( ini adalah sebagai contoh ). Ada juga blog-blog yang saya baca, mereka menyatakan bahawa Dr. Mahathir sebenarnya membenarkan kerajaan Kelantan melaksanakan tetapi tetapi ditolak oleh PAS. Dan kata mereka lagi, bahawa PAS mahu ianya dilaksanakan diseluruh Malaysia.

Kata mereka lagi, Dr. Mahathir  suruh laksanakan di Kelantan dahulu sebagai kerana di Kelantan majoritinya orang Melayu, tetapi PAS tetap menolaknya. Saya pun tidak tahu dimanakah penulis blog ini mendapat maklumat. Kalaulah maklumat penulis blog itu betul, betapa baiknya Dr. Mahathir. Sungguh perihatin beliau tentang Islam.Disini saya lampirkan kenyataan Dr. Mahathir tentang hukum Syariah,

Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”


Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”


Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994. “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

 Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Buat penulis-penulis blog yang menyokong dan mempertahankan Dr. Mahatdir tentang hukum Syariah. Bolehlah buka mata seluas-luasnya tentang kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin kesayangan kamu itu. Maka inilah dia warisan Kamal Antatuk dari Turki, sememangnya Dr. Mahathir adalah penentang Islam total yang tiada tolak bandingnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular