Parti PAS adalah parti yang menggunakan lambang Bulan dan BN menggunakan lambang Dacing. Dari segi logik akal, apabila seseorang wanita itu mengandung orang akan menanya berapa kilo kandungan itu tetapi orang akan menanyakan berapa BULAN kandungan itu.
Apabila Jabatan Agama ingin menentukan bila tarikh menyambut Ramadhan, mereka tidak melihat anak kilo atau kati atau tahil atau gram tetapi mereka melihat anak BULAN. Kita menentukan hari dengan mengira hariBULAN bukannya harikilo atau harikati.
BULAN walau macam mana pun kedudukkannya, ianya tetap sama pasal dia bulat. Tetapi Dacing, kedudukannya mestilah betul jika tidak ia akan menjadi senget. Bila senget bermakna ia menjadi berat sebelah, sama seperti Umno-Bn yang sentiasa tidak belaku adil terhadap rakyat.
Sememangnya BULAN amat penting dalam kehidupan manusia di dunia ini. Ia yang menentukan malam, pasang surut air, perubahan cuaca dan banyak lagi. Dan amat berbeza dengan dacing yang hanya boleh menentukan berat sahaja. Silap hariBULAN, timbang gula pun tidak cukup timbangannya. Jadilah pengundi bijak buat penduduk Permatang Pasir.
Umno bagi apa pun jangan tak ambil.......... ambil........... itukan rezeki ............ tapi pangkahnya.......... pastikan BULAN ............ tanpa BULAN ............ apalah yang ada pada kita ............ tanpa BULAN ........... tidak berharirayalah kita............ pastinya BULAN penuh ............... di Permatang Pasir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan