Setiap kali pilihan raya, beribu-ribu ahli PAS dan Pakatan Rakyat akan. keluar parti dan menyertai Umno. Dua perkara yang selalu ada pada Umno-Bn ialah 'Mee Segera' dan 'Keluar Parti'. Ianya diibaratkan seperti isi dan kuku, yang sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Tetapi kali ini berapa ribu pula ahli PAS akan keluar parti dan menyerahkan borang keahliannya kepada Khairy. Nak tengok juga setebal mana borang yang akan diserahkan kepada Khairy dengan disaksikan oleh para wartawan.
Kalau boleh, yang serah borang itu pastikan serah kepada TPM daripada serah kepada Khairy. Ini kerana Ketua Pemuda Umno tersebut dah tiada taringnya, hanya menunggu masa sahaja untuk di cantas.
Dan berapa pula yang akan dapat setiap borang yang diserahkan kepada Umno, pasti lumayan. Masakan tidak, duit bawah pintu pengundi pun diselitkan RM 300 tetapi tiada rezeki pasal duit itu duit palsu. Apakah Umno sudah mula mencetak duit palsu, seperti mana yang berlaku di Manek Urai.
Ada class juga dengan si pemanggil tersebut, yang ingin berjumpa secara peribadi dengan Khairy. Mungkin mereka nak bincang pasal bayaran yang perlu diberikan, sekiranya mereka menyerahkan borang keahlian mereka.
Ini mesti main ribu-ribu RM sorang-sorang pasal raya dah dekat, hanya sebulan sahaja lagi. Pandai betul lah kome berbincang, tak main lah dengan peringkat bawah, mesti peringkat atasan.. Tapi satu kemusykilan yang timbul, Khairy tu ada duit ke nak bagi. Sedang dia pun sebagai Ketua Pemuda Umno pun sekarang ini diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu'.
Beliau pun hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja dalam Umno setelah mertuanya terpaksa meletak jawatan. Ini adakah kerana tekanan daripada pendekar Umno Muhyiddin Yassin yang telah menggasak Pak Lah sehingga tersungkur. Kenapa kome tidak bincang terus dengan pendekar Umno itu.
Pasti kome akan dapat RM lebih banyak daripada yang ditawarkan oleh Khairy. Muhyiddin Yassin tu banyak duit. Laba daripada tanah di Johor pun masih beliau tidak usik lagi. Tak payah lah kome jumpa Khairy, batalkan sahaja hasrat itu.
Pergi jumpa Muhyiddin lagi bagus pasal dia lebih kaya dari Khairy, dan pangkat dia pun lagi tinggi pasal selepas Najib beliaulah yang paling berkuasa. kome tahu tak......... dia nombor tiga dalam kerajaan.
Pasal apa pulak nombor tiga........... dia timbalan Najib......... mestilah nombor dua........ nanti aku nak kira kejap.............. Najib PM.......... Muhyiddin TPM......... PM nombor satu......... TPM nombor dua............ Betullah nombor tiga.......... pasal ape pulak nombor tiga............ kalau bawah Najib......... mestilah nombor dua............. habis, kome tak kira ke.......... kan Big Mama......... tinggi sikit dari Najib.......... betul........ betul........ Big Mama nombor satu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 21 Ogos 2009
Berapa Ribu Khairy...........
Golongan pemuda parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.
"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi.
Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.
"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," katanya.
Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja.
Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN.(Berita Harian)
Ulasan Musafirlalu........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jamba...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Blog Ibnu Hasyim menyokong penuh cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am ...
-
Komen yang dihantar oleh Parpukari ke blog saya. Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjak...
-
Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan ...
-
Bagi akulah, blogger BPN bukanlah acaman buat parti PAS yang kamu sayangi itu. Musuh yang nyata kamu adalah blog-blog yang dah terkenal kat...
-
Keputusan Majlis Fatwa Maalaysia: 1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah - (a) bercanggah dari segi ajaran Islam;...
-
Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan