Ada kala isu tersebut tiada dalam pengetahuan pihak PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya datang daripada pihak Umno sendiri yang kecewa kerana mungkin kem yang menyebarkannya tidak berpuas hati terhadap pemilihan calon yang bukan dari kem mereka, Maka mula lah , cantas mencantas sesama mereka.
Itulah budaya politik Umno dulu, sekarang dan selama-lamanya, itu pun sekiranya hayat parti Umno masih lagi panjang untuk menyebut selama-lamanya. Apakah ini yang dikatakan parti yang pandai memerintah Malaysia.
Sehingga mereka mencanang dan memberi ugutan terhadap rakyat marhaen tentang kehancuran akan berlaku sekiranya Umno disingkirkan daripada memerintah Malaysia. Apakah rakyat Malaysia masih lagi tidak nampak atau sengaja membutakan mata untuk menilai secara berakal tentang politik Umno.
Umno bukanlah sebuah parti yang membela bangsanya sendiri, tetapi pengkhianat bangsa Melayu. Lihatlah akan kerosakan yang telah dilakukan oleh Umno kepada negara. Para pemimpinnya bukan seorang yang boleh memegang amanah.
Apabila sesebuah parti politik yang menjanjikan lebih kepada pembangunan dan menepikan modal insan, pasti akan mengalami kehancuran. Saya tidak dapat membayangkan keadaan pemimpin Umno sekiranya mereka hilang kuasa. Apakah mereka akan mempergunakan Pegawai keteteraman awam, sekiranya mereka kalah didalam PRU 13 nanti.
Mereka telah lama memegang tampuk pemerintahan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Mereka tidak pernah merasa erti kesusahan setelah sekian lama bertahta di mahligai. Apakah mereka akan mengalami tekanan jiwa, sekiranya mereka tidak lagi dapat memegang tampuk kekuasaan.
Sebagaimana yang dialami oleh Datuk Ibrahim Ali Al-Kataki ketika disingkir dari Umno, dan dibebani pula dengan masalah kewangan yang bernilai jutaan ringgit. Sekarang ini barulah beliau merasa lega setelah menjadi pendekar di belakang pentas untuk Umno.
Dan habuannya ialah, Income Tax tidak lagi mengejar beliau. Dan di masa pilihan raya kecil Manek Urai, beliau dikatakan antara individu yang mengagih-agihkan wang untuk pengundi Manek Urai.
Sebelum diberi peluang untuk bertanding didalam PRU 12 di atas tiket PAS, beliau lah tukang kutip derma dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh PAS, dengan beg plastiknya. Setelah berjaya memenangi palimen Pasir Mas, beliau terus bertukar wajah setelah diberi jawatan tidak rasmi oleh Umno, iaitu 'tukang salak'.
Maka berubah lah kehidupan Ibrahim Al-Kataki dengan kemewahan yang datang bergolek dan tidak lagi dikejar oleh LHDN. Itulah akhlak para pemimpin Umno bila berhadapan dengan harta dunia. Segala maki hamun yang beliau lontarkan kepada Umno telah disimpan didalam peti besi setebal 12".
Begitu juga dengan Pak Lah, semasa beliau bersama-sama 'Team B', menentang Tun Dr. Mahathir. Walau pun beliau kemudiannya kembali kepada 'Umno Baru', tetapi sebelum itu beliau telah disekat dari segi kewangan, sehinggakan beliau terpaksa menjual rumahnya untuk menampung kehidupan sehariannya.
Begitu juga dengan Rais Yatim yang terkenal dengan kepakarannya dalam membakar jambatan. Beliau terpaksa menyambung pelajarannya untuk tesis Phdnya, setelah menganggur akibat disisihkan kerana n beliau adalah penyokong kuat Ku Li.
Di sinilah kita boleh melihat akhlak para pemimpin Umno apabila berhadapan dengan harta dunia. Mereka boleh berubah dalam sekelip mata sahaja apabila melibatkan 'Fulus'. Ku li, sanggup menegelamkan kapalnya dan menepikan janjinya untuk bertahan di atas kapal yang dinamakan Semangat 46 biar pun hanya tinggal beliau seorang sahaja didalam kapal tersebut.
Janji orang politik, bukannya boleh dipakai. Lebih-lebih lagi ianya daripada Umno kerana mereka tidak akan dapat bertahan lama untuk merasai kesusahan yang rakyat alami selama berpuluh-puluh tahun. Kerana itulah akhlak pemimpin Umno boleh kita tarifkan di paras kosong.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 20 Ogos 2009
Calon Umno Tidak Berakhlak
Setiap kali berlakunya pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum. Kenapa akhlak calon-calon daripada Umno sentiasa dipertikaikan. Daripada pilihan raya kecil Kuala Terengganu sehinggalah yang terbaru, iaitu di Permatang Pasir.
Apakah isu akhlak ini ditimbulkan oleh pihak PAS atau Pakatan Rakyat?. Sebelum kempen bermula, isu akhlak yang pertama akan disebutkan. Ianya bukan serangan daripada pihak PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi dari pihak Umno sendiri yang mendedahkannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
PEMANGKU Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sempat melawat pameran Pengakap sambil d...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Gambar-gambar yang dipaparkan ini adalah untuk kita bermuhasabah dan sama-samalah untuk kita renungkan. Maha Suci Allah yang menciptakan al...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Anda meminati kereta-kereta mewah?. Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik. Tak dapat naik........ dapat sentuh pun ok...
-
h merupakan kiblat salat bagi seluruh umat muslim di dunia. Ka’bah terdapat dalam area Masjidil Haram yang terletak di kota Makkah, A...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan