Translate

Jumaat, 21 Ogos 2009

Bulan Ramadhan Bulan Yang Di Berkati.

Ramadhan , ertinya " panas terik atau terbakar". Cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat terik hingga orang berjalan kaki di padang pasir tanpa alas pasti kakinya melecur. Sabda Rasulullah s.a.w., "Bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa yang lalu".

Dalam bulan ini, kitab suci Al-Quran telah diturunkan.Firman Allah s.w.t. berfirman didalam Surah Al-Baqatah ayat 185 yang bermaksud " Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran". Dalam bulan ini jugalah ayat pertama dari Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Ayat pertama telah diturunkan pada 17 Ramadhan.

Siti Khadijah r.a. telah menerima Islam dan menjadi orang pertama yang beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga wafat dalam bulan Ramadhan.

Penghantaran tentera pimpinan Sahabat dan juga bapa saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Hamzah r.a. ( Singa Allah ) dan lambang bendera perang yang pertama telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w.. Peristiwa ini berlaku pada bulan ke tujuh selepas hijrah.

Zakat Fitrah ( yang diberikan dalam bentuk makanan pada akhir Ramadhan ) dan zakat ke atas harta telah diwajibkan dalam bulan Ramadhan. Solat hari raya juga telah diperkenalkan dalam bulan ini. Kesemua peristiwa ini berlaku dalam tahun kedua Hijrah.

Perintah supaya berjihad juga telah diturunkan dalam bulan Ramadhan tahun kedua Hijrah. Perang Badar telah berlaku pada hari jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.

Hari ini disebut didalam Al-Quran sebagai Hari Pemisahan antara yang haq dan yang batil ( Yaum al Furqan ). Mekah telah ditawan pada 10 Ramadhan, tahun ke 8 Hijrah.

Delegasi Thariq telah menerima Islam pada tahu ke 9 Hijrah. Fatimah r.a., puteri sesayangan Rasulullah s.a.w. telah wafat pada tahun ke 11 Hijrah. Ummul Mukminin, Aisyah r.a. telah wafat pada tahun ke 58 Hijrah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular