Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang
menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut
selagi tidak menyebarkannya kepada rakyat Malaysia.
Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid berkata pengecualian itu,
terutama kepada pelancong luar diberikan kerana amalan itu merupakan mazhab
mereka di negara asal masing-masing.
"JAIS tidak bimbang tentang
kehadiran pelancong luar seperti Iran dan sebagainya. Sebabnya mereka (datang)
melancong bukan tujuannya untuk mengembangkan agamanya atau Syiah.
"Yang
kita tak benarkan mengembangkan (Syiah) bukannya (melarang) pelancongan,"
katanya.
Rabu lalu, antara 128 pengikut Syiah yang ditahan - dipercayai
antara terbesar - di sebuah rumah kedai di Batu Caves, terdapat juga sebilangan
kecil warga asing terlibat sama.
Menurut sumber, dua daripadanya dua
daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember
lalu bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak
dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau
mempertikaikan perintah atau arahan mufti.
Ketika diwawancara
Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam, Mohamad Rais berkata
walaupun kemungkinan berlakunya pengembangan ajaran itu sesama mereka, ia hanya
melibatkan jumlah yang kecil dan terhad.
"Kalau mereka (pelancong) buat
pengembangan ajaran agama bukan secara keseluruhannya mungkin satu atau dua
orang sahaja," jelasnya.
Tiada
kompromi
Menurutnya, sekiranya mereka ingin beramal, JAIS tidak
pernah menghalang mereka walaupun di negara ini sudah difatwakan sebagai ajaran
sesat.
"Tetapi jika digunakan untuk amalan dia (Syiah) sendiri dan
mahzabnya kita tidak pernah mencarinya (untuk menahan mereka),"
katanya.
Mohamad Rais berkata, golongan pelajar dan ahli perniagaan asing
berfahaman Syiah juga tertakluk kepada syarat yang sama.
Ditanya sama ada
besar-besaran penganut Syiah di Gombak minggu lalu yang mungkin menjejaskan
hubungan diplomatik dengan sesebuah negara, seperti Iran yang berfahaman Syiah,
Mohamad Rais menafikannya.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan
ajaran itu, Mohamad Rais menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali
berkompromi dengan ajaran sesat kerana ia menjejaskan akidah, menyebabkan
perpecahan dan kemungkinan besar bakal memudaratkan negara.
Malah,
katanya, rata-ratanya rakyat di negara ini tahu kalau individu itu taksub kepada
sesuatu ajaran yang menyimpang.
"Sebagai contoh, Jemaah Islamiah (JI),
Al-Maunah, Ayah Pin (kerajaan langit) ini semua daripada ajaran sesat sama ada
di fatwa atau tidak apabila pemimpin dan pengikutnya sudah taksub mereka akan
bertindak ganas," katanya.
Setakat ini, kata Mohamad Rais lagi, pihaknya
dapat mengawal dan mengekang ajaran sesat daripada tersebar.
"Sehingga
kini, di Selangor masih lagi terkawal dengan JAIS kerap melakukan pemantauan
daripada penguatkuasaan serta melalui kakitangan pejabat agama di setiap
daerah," katanya.
(MK)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
h merupakan kiblat salat bagi seluruh umat muslim di dunia. Ka’bah terdapat dalam area Masjidil Haram yang terletak di kota Makkah, A...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang...
-
Artikel re-post ini saya persembahkan kepada seluruh jemaah haji yang saat ini berangkat ke tanah suci menunaikan ibadah haji. D...
-
S ultan Yang Prihatin SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan ...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
-
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pe...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan