Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan
Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata tentang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian ber pindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya ber sebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke pe ra wa nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.
Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahu lu kita mesti mema hami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa setelah pembubaran Per seku tuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang me miliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya meng hembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.
Ketakutan Terhadap "Albania yang Lebih Hebat" dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu’min, 40:51-52) |
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak meng untungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.
1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang. |
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.
Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan. |
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo
Bersambung......
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan