Inilah kenyataan Ibrahim Al-kataki pada 08.07.09 dalam memperlekehkan GMI. Ibrahim Al-kataki dengan angkuh menyatakan betapa menggenggam bara api hingga menjadi arang, tetapi batang hidungnya pun tidak kelihatan.
Sememangnya dasar pengecut yang tidak tersahut oleh ahli-ahlinya yang mungkin ada bersiap dengan kain rentangnya, tetapi apabila melihat betapa ramainya penyokong-penyokong GMI maka mereka menyimpang semula kain rentangnya dan mungkin juga bersatu dengan penyokong GMI.
Itulah sikap pemimpin yang hanya berani berucap pada akhbar arus perdana yang sememangnya pengampu kerajaan itu. Mungkin perasaan gentar penyokong Perkasa dan Pewaris apabila melihat lautan manusia yang membanjiri Kuala Lumpur maka mereka terpaksa berdiam diri kerana takut akan di sorak oleh penyokong GMI.
Dan Ibrahim Al-kataki dan Dr. Maamor terpaksa menyembunyi kan diri daripada khalayak ramai. Itulah dia pemimpin yang berhati kecut yang hanya gah pada akhbar arus perdana yang menjadi pengampu nombor wahid. itu. Apabila beliau mengatakan sudah lama tidak berucap pada acara tunjuk perasaan.
Apakah beliau mengingati yang penyokong GMI akan lari lintang pukang dengan kenyataannya itu. Saya juga tercari-cari juga kelibat beliau, kut-kut boleh melihat darah keperwiraan yang mengalir pada tubuh pendeknya itu. Tapi apa kan daya, mungkin ketinggian tidak mencukupi untuk melihatnya.(saya tidak menghadiri demo tersebut dan hanya melihat kepada photo-photo para blogger).Kenapa saya tidak hadir pada demontrasi itu akan saya dedahkan nanti........ Insyallah.
Bukan sekadar menghina tetapi itulah kenyataannya buat siperdehaka. Inilah sikapnya yang telah diberi makan tetapi mengigit orang yang memberinya makan. Masalah dia hendak menyemberangi parti, itu masalahannya. Tetapi janganlah mengatakan yang dia menang dalam pilihan raya lepas adalah kerana pengaruhnya sendiri, bukannya kerana sokongan PAS.
Kalau beliau seorang anak jantan seperti apa yang diucapkan maka lepaskan jawatan yang beliau tandingi di atas tiket PAS. Dan apa yang nyata, beliau tahu yang beliau tidak akan dapat bertanding sekiranya beliau melepaskan jawatan dan bertanding semula.
Kita akan tunggu pada PRU 13 nanti bila beliau bertanding di atas tiket bebas dan jangan bertanding di atas tiket BN sekiranya beliau menyatakan yang beliau mempunyai pengaruh yang besar di parlimen Pasir Mas. Sedangkan pada pilihan raya yang ke 11 pun beliau hilang wang pertaruhan. Apakah orang yang pendek, anginnya tinggi. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 2 Ogos 2009
Ibrahim Al-Kataki Sememangnya Pengecut.
Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.
"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan