Apabila membaca aktikal yang ditulis oleh Datuk Khir Toyo dengan peribahasa yang dituturkan memang cantik, sedap dibaca selepas menjadi ketua pembangkang. Tidakkah peribahasa yang diberikan itu ibarat meludah ke langit. Apa perkara utama yang beliau lakukan apabila Selangor jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Memusnahkan dokumen-dokumen penting yang ada sehinggakan berteraburan dilantai, seumpama orang yang tergesa-gesa untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan. Mengosongkan akaun Balkis dengan menyalurkan kepada badan-badan amal. Derma itu memang bagus, tetapi kenapa semua. Hinggakan tiada tinggal apa-apa lagi didalam akaun tersebut.
Tindakan YB Ronnie Liu mengarahkan pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan minuman keras yang dirampas oleh penguatkuasanya merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan profesionalisme seorang EXCO.
Apabila beliau mengkritik tindakkan yang telah dilakukan oleh exco Y.B. Ronnie Liu tentang isu arak memang betul. Tetapi betulkah tindakkan beliau itu selepas menjadi ketua pembangkang. Kedua-duanya salah, yang betul adalah MBSA kerana mereka melaksanakan undang-undang yang ditinggalkan oleh Khir Toyo.
MBSA melihat inilah masanya menguatkuasakan ekneman tersebut setelah tidak dapat melakukannya semasa era Khir Toyo menjadi Menteri Besar. Apabila mereka melihat ada ruang untuk melaksanakan ekneman tersebut, mereka terus melakukannya.
Tetapi siapa yang menggubal undang-undang tersebut kalau bukan Umno. Maka betullah dengan peribahasa yang beliau berikan "kokok berdegar-degar, ekor bergelumang najis" dan "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan