Translate

Rabu, 12 Ogos 2009

Arak Oh Arak.

Sememangnya isu arak telah banyak ditulis oleh para blogger setelah isu ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Apa yang saya tulis ini hanyalah untuk mencarinya dari pemahamannya dari segi politik. Kerana dari hukum perkara ini sememangnya jelas diharamkan.
Ini berpandukan kepada surah Al-Baqarah ayat 219, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,"Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal tuak (arak) dan judi.Katakan : Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya.Mereka bertanya kepada engkau, apakah yang akan mereka nafkahkan? Katakanlah : Sekadar berlebih dari hajatmu. Demikian Allah menerangkan kepadamu beberapa ayat, mudah-mudahan kamu memikirkan".
Memang jelas akan hukumnya disisi Islam, arak dan judi itu haram dan termasuk didalam dosa-dosa besar. Dan semua agama mengharamkan arak, baik agama Budhha, agama Hindu, agama Kristian dan agama Yahudi. Maka dari segi agama, semuanya menolak yang arak itu tidak dihalalkan. Ok..... selesai satu bab.
Dari segi budaya pula, orang-orang Cina kata itu sebenar-benarnya bukan dari budaya mereka, orang-orang India pun mengatakan perkara yang sama dan begitu juga orang Kristian. Melainkan kaum-kaum asli yang bertuhankan alam semulajadi, yang ini sememangnya menghalalkan tuak (arak). Mereka menjadikan ia minuman dalam merayakan sesuatu pesta.
Orang Kristian memang menolak arak, kerana itulah di Amerika awal abad 20 telah mengharamkan penjualan arak. Al Capone seorang gengstar di Amerika mengawal penyeludupan arak ke Amerika. Beliau cukup terkenal sebagai gengstar yang paling berpengaruh dan zalim kepada musuh-musuhnya. Kerajaan Amerika tiada bukti untuk mensabitkannya dalam kesalahan mengedar arak. Betapa liciknya beliau dalam menjalankan kegiatannya sehingga sukar dikesan....... Kalau kat Malaysia dah lama dah kena ISA.
Beliau adalah Godfather kepada kumpulan-kumpulan mafia Itali. (beliau memang berbangsa Itali). Semua institusi telah dikawal oleh beliau, baik polis, kastam, kehakiman dan ahli-ahli politik. Beliau boleh dikatakan sebagai Raja, kerana tiada siapa yang berani menyentuhnya. Tetapi punca beliau ditahan adalah kerana lari daripada membayar cukai.
Di Amerika, mengelak daripada membayar cukai adalah satu kesalahan besar sampai lah sekarang. Kerana itulah di Amerika, pembayar cukai boleh mendesak kerajaan untuk mengetahui ke mana duit itu dibelanjakan. Dan Dewan Senat Amerika mempunyai satu badan yang memantau kewangan itu mengalir. Kalau di Parlimen kat Malaysia pun ada satu yang dipanggil apa tah...... saya pun lupa.
Sorry ya..... dah mengarut sampai ke Amerika pulak. Nak cerita tentang Malaysia, dah pergi ke benua Amerika Utara pulak. Saja nak cerita sejarah sedikit buat pengetahuan pembaca. Sekurang-kurangnya dapat juga serba sedikit ilmu.
Berbalik kepada kaum Melayu yang beragama Islam menolak secara total arak dan judi kerana ia bukan budaya orang Melayu dan Islam sendiri pun menentang keras arak dan judi. Bagaimana pula dari politik?Bagi Umno.... selagi perkara itu mendatangkan keuntungan maka hukum halal haram tiada dalam kamus mereka kerana dalam kamus mereka yang ada hanyalah halang sahaja.
Ini merujuk kepada kenyataan seorang Melayu yang bergelar dengan gelaran tertinggi di Malaysia, apabila ditanya oleh seorang peguam bukan Islam tentang judi. Beliau menyatakan bahawa hukum judi itu haram tiada didalam Al-Quran. Semasa beliau dipanggil sebagai saksi di Mahkamah bersabit dengan kes DSAI. Beliau ditanya oleh peguam tersebut kerana beliau seorang berbangsa Melayu tetapi memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Kumpulan Genting yang terkenal dengan perniagaan terasnya adalah perjudian.
Aku tak tahulah kitab mana yang dia baca, mungkin kitab Ahamdiah atau pun kitab Bahai. Kalau ada, aku pun nak tengok-tengok juga. Manalah tahu........... kut-kut jumpa ayat pengasih ke, ayat nak ghaib ke........ atau pun ayat penunduk agar boleh kahwin 4....... Ooooooooppp..... lupa pula......... kat Kedah dah ada persatuan poligami........... aku ingat nak join sekali........ minta tolong albanjar tolong jenguk-jengukkan...... kut-kut ada kekosongan.
Dan yang terbaru adalah tentang saham kilang arak yang dimiliki oleh anak bekas mantan PM kita. Kerana itulah saya menyatakan dari segi politik, arak itu halal. Kerana itulah Selangor dibawah pemerintahan Umno-Bn tidak mengambil apa-apa tindakan tentang arak di Selangor. Bila dah dapat kat Pakatan Rakyat, mereka mula lah berkokok.......... Kenapa baru sekarang kamu berkokok Khir Toyo...... kenapa tidak semasa kamu memegang tampuk pemerintahan dahulu.
Kamu berkokok sampai bertaburan tahi kat punggung, bak kat pujangga Pendita Khir Toyo,"kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". " Telur sebiji, riuh sekampung"." Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang najis". Maka inilah pemimpin-pemimpin yang masih lagi belum merdeka.......... merdeka dari segi pemikiran. Inilah dia anak-anak emas penjajah British yang masih lagi terjajah akan akal fikirannya. Kerana ada orang-orang seperti inilah maka British memberi kemerdekaan kepada Malaya. Kerana itulah jasa-jasa PAS tidak boleh diketepikan begitu sahaja, kerana PAS yang banyak memperbaiki semula akidah orang-orang Melayu. Sebagai contohnya ialah di mes-mes pegawai tentera dahulu, semestinya ada minuman keras. Ianya seperti tradisi yang perlu diikuti dan PAS telah memainkan peranan yang besar dalam menyedarkan golongan ini sehingga arak telah tiada lagi di mes-mes pegawai tentera dan tertubuh pula Kagat. Apakah Umno hendak nafikan akan peranan yang dimainkan oleh PAS dalam menyedarkan orang-orang Melayu? Kerana suara-suara inilah azan berkumandang dikaca TV. Kerana PAS lah yang menyedarkan umat Islam bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Umno boleh bercakap apa yang mereka hendak cakapkan, tetapi sejarah tetap tidak akan menipu. Ia akan dikumpul dan dikumpul walaupun Umno cuba melenyapkannya. Sebagaimana dengan penerapan nilai-nilai Islam yang dibawa oleh Tun Dr. Mahathir telah disanggah oleh pimpinan PAS yang diketuai oleh Almarhum Ustaz Yusof Rawa. Yang membawa kepada krisis solat dua Iman dan isu kafir mengkafir. Semuanya adalah berpunca daripada ajaran songsang yang dibawa oleh Umno dengan semangat assobiah (kalau kat negeri saya Terengganu, kita orang panggil puak-puak sona). Kerana itulah tentang isu kafir mengkafir ini kena tanya Datuk Nakhei Ahmad, beliau antara yang paling arif tentang isu ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular