Translate

Sabtu, 8 Ogos 2009

Terima Kasih Buat Al-Banjari.

Assalamualaikum........
Buat saudara Albanjari........
Terima kasih kerana memaparkan coretan saya yang tidak seberapa itu. Apa yang saya coretkan bukan untuk menyakiti hati sesiapa, kerana ia lebih kepada teguran sesama jemaah. Ada kala kita lupa di manakah bumi yang kita berpijak kerana terlalu asyik menulis. Teguran itu juga adalah untuk diri saya sendiri juga.

Kita berjuang didalam PAS adalah sebagai menyambung perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu kepada kita. Sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam dan kita sebagai pendokong-pendokongnya hendaklah mempertahankannya.

Apabila kita ditanya apakah matlamatnya kita berjuang didalam sesebuah parti politik, mesti kita ada jawapannya. Umpamanya kita seorang ahli Umno bila ditanya tentang matlamatnya kenapa menyertai Umno. Jawapannya yang kita berikan ialah aku hendak kaya kerana itulah aku sertai Umno. Maka kita telah ada jawapan kepada soalan yang bertanya.

Tetapi apakah matlamat kita menyertai PAS yang tidak menjanjikan apa-apa pun selain daripada Islam. Apakah jawapan yang kita ada untuk menjawabnya. Kerana memperjuangkan Islam ini mesti ada keikhlasan pada diri kita.

Tetapi bagaimana kita hendak menyatakan yang kita ikhlas sedangkan keikhlasan itu sendiri pun susah untuk dicari. Sebagaimana Sahabat bertanyakan Rasulullah s.a.w apakah itu ikhlas?. Rasulullah s.a.w. menjawabnya bahawa ikhlas seumpama seekor semut yang berwarna hitam yang berdiri di atas sebutir batu yang hitam dan terletak didalam sebuah gua yang gelap gelita.

Sama-samalah kita lihat dan renungkan betapa susahnya untuk mendapat perkataan ikhlas itu tanpa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Jadi di manakah kita yang menyatakan sebagai pejuang Islam. Kerana itulah tegur menegur adalah penting sesama kita yang sentiasa lalai dan lupa. Apalah lagi yang ada pada kita dan harga diri kita sekiranya kita sendiri menjual agama demi untuk kepentingan diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular