Translate

Selasa, 25 Ogos 2009

Umno Mula Bermain Kotor.

DSC00324 Umno BN kian terdesak sehingga menaikkan sepanduk & menggunakan kaedah baru menghantar risalah hasutan berkenaan menerusi pos bagi membuat lemparan fitnah yang bukan-bukan terhadap PAS. Ekoran dari gara-gara sepanduk yang keterlaluan, perjalanan kempen hari terakhir pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dilaporkan sedikit tercemar Isnin dengan perbuatan Barisan Nasional (BN) yang melampau itu.

Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan "Awas!!! Pengundi Hantu Pas" yang digantung BN di bilik gerakan itu yang menggunakan logo PAS.
Perang mulut dan provokasi antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding berlaku di hadapan bilik gerakan BN cawangan Kampung Pauh, di sini dipercayai kerana sepanduk yang tertera perkataan "Awas!!! Pengundi Hantu Pas" yang digantung BN di bilik gerakan itu yang menggunakan logo PAS.

Perang mulut yang mula tercetus kira-kira pukul 1 tengah hari itu menjadi semakin kecoh apabila pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3 petang dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk berkenaan.

Penyokong BN, yang tidak berpuasa hati, meminta sepanduk mereka dipulangkan tetapi tidak dilayani penyokong Pas dan kekecohan yang berlarutan itu reda apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lalu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.25 petang turun dari kenderaaanya dan meminta penyokong BN menurunkan sepanduk yang masih tergantung.

Kekecohan itu menyebabkan kesesakan lalulintas dari simpang tiga Sama Gagah ke Jalan Permatang Pauh.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya ketika dihubungi berkata, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dan perkara itu telah selesai.( Pemuda Besut )

[penghantu.JPG]

Banner yang menjadi pertikaian antara penyokong PAS dan penyokong Umno. Sehinggakan pegawai SPR dan polis terpaksa masuk campur dan mengarahkan banner tersebut diturunkan walau pun dibantah oleh petugas Umno. Ia juga telah menarik perhatian Zahid Hamidi yang kebetulan  melalui ditempat kejadian. Beliau terpaksa angkur dan menyuruh penyokongnya menurunkan banner tersebut. Apakah Umno-Bn jahil tentang peraturan pilihan raya, dengan menggunakan lambang PAS. Sepatutnya sebagai sebuah parti yang sudah lama berkuasa, mereka patut fahan akan peraturan pilihan raya........... memang Umno parti yang berlagak ...... mentang-mentang mereka sudah lama berkuasa, maka mereka boleh melakukan sesuka hati mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular