Spekulasi bertiup di Jepun hari ini mengenai siapa yang akan mengisi barisan Kabinet selepas bakal Perdana Menteri, Yukio Hatoyama memilih seorang bekas ketua parti yang bertanggungjawab membawa kemenangan besar kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya lalu untuk memegang jawatan penting dalam parti.
Pelantikan Ichiro Ozawa sebagai Setiausaha Agung DPJ meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan ahli politik veteran itu menjadi kuasa sebenar di belakang tabir.
Media Jepun berkata, Hatoyama mahu dua lagi bekas ketua parti, Katsuya Okada dan Naoto Kan untuk memegang jawatan penting dalam Kabinet. Okada merupakan Setiausaha Agung sebelum ini, kedudukan nombor dua di dalam DPJ.
Kedua-dua mereka dikatakan sebagai calon Menteri Kewangan, jawatan penting ketika Jepun bergelut untuk melepaskan diri daripada kegawatan ekonomi terburuknya sejak Perang Dunia Kedua.
Parlimen secara rasmi akan mengundi Hatoyama sebagai Perdana Menteri pada 16 September ini. Hatoyama sebelum ini menyatakan yang beliau akan memilih barisan Kabinet tidak lama selepas itu.
Pilihan Hatoyama untuk portfolio Menteri Luar juga akan menjadi tumpuan kerana terdapat kebimbangan mengenai polisi DPJ dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menjejaskan hubungan dengan sekutu keselamatan terbesar Jepun itu.
Ozawa, 67, meletak jawatan sebagai ketua parti Mei lalu selepas pembantu kanannya didakwa menerima sumbangan haram dan skandal tersebut mungkin menjadi tumpuan apabila kes itu dibicarakan dalam beberapa bulan lagi.
Ozawa adalah ketua strategi kempen DPJ dan banyak membantu DPJ dalam mencatat kemenangan bersejarah ke atas Parti Liberal Demokratik (LDP) dalam pilihan raya umum Ahad lalu. - REUTERS
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan