Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 5 September 2009

Umno Mula Panas Punggung.......

Parti Leberal Demokratik atau singkatannya LDP, adalahsatu parti yang telah mencorak Jepun Menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia selepa Jepun kalah didalam peperangan dunia ke dua. Jasa LDP kepada negara Jepun amat besar setelah memerintah Jepun selama 52 tahun.
Tetapi, akhirnya tumbang kepada parti yang kurang dikenali iaitu Parti Demokratik Jepun ( DPJ ). Apakah rakyat Jepun tidak menghargai segala sumbangan yang telah diberikan oleh LDP kepada negaranya. Antara sebab-sebab kekalahan besar yang dialami oleh LDP, ialah kerana terlalu banyak skandal-skandal yang berlaku didalam LDP.
Rakyat Jepun telah dikejutkan dari tidur yang selama ini telah dibuai dengan mimpi-mimpi indah yang diciptakan oleh LDP. Rakyat Jepun sudah muak dengan skandal yang dilakukan oleh para pemimpin LDP terhadap negara. Seperti mana yang dilakukan oleh Umno sekarang ini, tidak ubah seperti LDP.

Rakyat Jepun tetap menghargai segala sumbangan yang telah diberikan oleh LDP dalam membawa negara Jepun sebagai kuasa dunia setelah dihancurkan pleh Amerika Syarikat didalam Perang Dunia 2. Mereka bangkit dan bangkit dan terus bangkit sehinggalah ianya menjadi negara yang disegani oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Satu perkara yang tiada pada Umno jika hendak dibandingkan dengan LDP, ialah para pemimpinnya tetap mempunyai maruah.Apabila berlaku sesuatu skandal yang diketahui umum, mereka dengan rela hati melepaskan jawatan yang mereka miliki itu. Apakah Umno mempunyai sikap-sikap seperti itu?
Sikap yang ada pada Umno ialah, mereka tetap berpaut kepada jawatan mereka walau pun berbakul-bakul bukti dilambakkan dihadapan mereka. Para pemimpin Umno sememangnya tidak mempunyai harga diri pada tubuh badan mereka. Kerana bagi mereka, harga diri tidak penting selagi dapat mengumpul sebanyak mana harta selagi mereka mampu.
52 tahun LDP memerintah Jepun dan 52 tahun juga Malaysia menyambut kemerdekaan. Umno memerintah selamat 54 tahun termasuk 2 tahun dalam pasca kemerdekaan. Sudah tiba masanya untuk para pemimpin Umno bersiap-sedia mempersiapkan diri dalam menghadapi segala perbuatan mereka.
Yang pasti, mereka akan dibawa kemuka pengadilan dengan segala yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia. Tidak lupa juga buat pencacai-pencacai yang sekarang ini sedang duduk diatas kerusi-kerusi yang empuk, duduklah sepuas hati kamu.
Kerana selepas itu kamu akan merasai bagaimana empuknya tempat penginapan yang bertaraf 7 bintang nanti iaitu Penjara Malaysia.Ia akan berlaku kerana rakyat sudah mula sedar akan segala pembohongan yang kamu lakukan selama ini. Kamu berkuasa adalah kerana kuasa rakyat yang mengangkat kamu, dan kuasa  rakyat juga akan memcampakkan kamu. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti.......... Insyaallah.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular