Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 4 September 2009

Murtad......... Satu Perkataan Yang Terlalu Sensitif.......

Apabila kita menyebut murtad, pasti ramai yang akan melenting, marah dan sebagainya......... Kita boleh mengatakan ia melakukan dosa, pasti tiada siapa yang akan marah jika perbuatannya itu betul-betul berdoda........ tetapi kalau sebut murtad......... jangan.......... nanti tak pasal-pasal kena penampar.
Hakikatnya setiap masa orang menlakukan murtad tanpa mereka sedari........... kerana ia bukannya jatuh dari langit. Dosa kita bukannya dikira dengan kilo atau kati. Seandainya jika melakukan satu dosa, tidak kira kecil mahu pun besar, tiba-tiba dosa tersebut jatuh kemuka kita. 
Saya pasti dan yakin, semua orang akan jadi alim, warak tidak meninggalkan solat, melakukan puasa, sentiasa bangun malam untuk melakukan solat witir, tahajjud, tasbih. Tapi apa kan daya, dosa yang kita lakukan itu Allah s.w.t. hadangkannya dari penglihatan kita.
Sedarkah kita apabila kita mempermainkan hukum Allah.s.w.t. kita boleh menjadi murtad? Menolak saru ayat atau pun satu huruf dari Al-Quran, maka kita akan jatuh murtad. Segala amalan yang kita lakukankan sia-sia sahaja. Tidak akan bau syurga orang yang mnyekutukan Allah s.w.t.
Sekiranya anda seorang yang mengaku muslim, sudahkah anda menilai sendiri apa yang telah anda lakukan setiap hari. Apakah solat yang kita lakukan setiap hari iaitu 5 kali sehari diterima oleh Allah.s.w.t., Hanya anda sahaja yang dapat menilainya. Berdirilah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda dicermin dan tanyalah diri anda sendiri siapakah anda sebenarnya yang sedang berdiri dihadapan cermin tersebut.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular