Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 28 Oktober 2009

Anakku Juga Sedang Berperang.

PAS sedang berperang. Perang saudara gitu!! WartaMaya pulak kata SUK Perak macam ada perang. Mana taknya... topi merah berkelayau sana sini. Dah jadi macam zon perang. Apa-apa pun kita biarkan dulu mereka yang sedang berperang tu.

Ini... aku nak cakap pasal satu lagi perang yang melibatkan anak aku sendiri. Aha... hari ini my 2nd Mohd mula dan sedang berperang jugak tapi dia berperang dengan final examnya. Kesian teman tengok dia, sejak dua menjak ni sibuk giler babi dengan test demi test dan yang paling menyengkang mata dia sampai tak cukup tidor ialah nak menyiap dan membentangkan final proposal dia.

Tak pa sayang... se'tough' mana pun course yang kamu ambik, kalau disertakan dengan usaha dan doa, insyaAllah, ok ler tu nanti. Yang penting.... mesti berusaha sedaya upaya dan jangan sekali-kali give up hope. Try and keep on trying sayang.... I'm sure you'll succeed.

Apa-apa pun, mak sentiasa doakan kejayaan kamu and I wish you all the best.

So... berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT. I love you. Mak sayang kamu!!!

Lastly... kepada semua para pelajar IPTA/IPTS yang sedang gelut berperang dengan exam, tak kira di mana anda berada, Mother of 3 Mohd mendoakan kejayaan anda. Good luck and all the best to you!! Semoga cemerlang selalu.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular