APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 11 Oktober 2009
Bagan Pinang : kesesakan Di Pusat Pengundi Bayan Pinang............
Hari ini 9,060 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan wakil rakyat mereka yang baru. Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar. Suasana mendung dan hujan renyai sesekali, menjadikan suasana agak sejuk dan becak.
Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dalam UPU Bagan Pinang kelihatan bergerak lancar dengan bantuan anggota polis trafik. Seawal jam 7.30 pagi, para petugas kedua-dua parti bertanding telah mengambil tempat masing-masing untuk merayu undi.
Kehadiran petugas yang ramai memeriahkan lagi proses merayu undi. Pelbagai cara digunakan bagi memancing undi. Pelbagai gelagat para perayu undi kedua-dua belah parti menjadikan suasana hangat sekali sekala.
Kelihatan penyokong Umno menggunakan sorakan dan mengata untuk menaikkan semangat disamping menyanyikan lagu patriotik. Sementara penyokong PAS pula yang tidak mahu terikut-ikut dengan permainan BN mengalunkan selawat dan zikir.
UPU Bagan Pinang adalah UPU yang paling ramai pengundi iaitu seramai 2,412 pengundi di empat saluran. Ini menjadikan tempat mengundi ini adalah paling sibuk.
Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson bagi pengundi UPU Taman Eastern agak tenang dan lalu-lintas berjalan lancar.
Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bagi UPU Si Rusa. Tinjauan awal pagi sehingga jam 9.30 pagi menyaksikan suasana kempen dan mengundi berjalan dalam keadaan yang terkawal dan tenang. Suasana mendung dan hujan renyai nampaknya membantu meredakan sedikit kehangatan hari mengundi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Parti PAS adalah parti yang menggunakan lambang Bulan dan BN menggunakan lambang Dacing. Dari segi logik akal, apabila seseorang wanita itu ...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Sebelum kita meneruskan dengan artikel berkaitan dengan Sejarah Islam ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'S...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Apabila sesetengah orang Islam mempertikaikan hukum Islam untuk di laksanakan di Malaysia, antara alasan yang kuat ialah mencari saksi yang ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Dalam tercari-cari dan selongkar, saya tertarik kepada satu artikel yang sudah lama dikeluarkan, yakni pada Febuari 2009 oleh laman Ibnu Ha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan