PEMANGKU Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sempat melawat pameran Pengakap sambil di beri penerangan oleh Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu, Ariffin Embong pada Kempori Diraja Pengakap Negeri Terengganu 2009 di Kem Telaga Batin, hari ini. - Foto Aswadi Alias
PENDUDUK meletakkan tayar lama di atas bumbung sebagai persediaan menghadapi angin kuat yang dibawa taufan Mirinae di Manila, hari ini. Sekolah ditutup dan perkhidmatan feri domestik di ibu kota Manila digantung, sebagai langkah persediaan pihak berkuasa Filipina menghadapi taufan ketiga terkuat dalam tempoh lima minggu. Mirinae, taufan kategori dua dengan angin pusat maksimum pada kelajuan 150 kph, yang dijangka mendarat Sabtu ini, akan dilimpahi dengan hujan bagi wilayah utara ibu kota negara yang menjadi pengeluar beras itu. - Foto Reuters
HASLAN mengangkat ikan pelik berbadan Yu dan berkepala mirip ikan Pari ketika memancing bersama bapa saudaranya berhampiran Pulau Peluru, di Langkawi, pagi tadi. Ikan dipercayai dari spesis sama seberat 21 kilogram dengan panjang kira-kira 1.4 meter pernah dilaporkan ditemui oleh tiga nelayan di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang pada Januari tahun lalu. Ikan itu dikenali dengan nama saintifik rhina ancylostomo. - Foto Hamzah Osman
KAKITANGAN CTRM Aviation Sdn Bhd mengeluarkan bangkai pesawat ringan Eagle 150B yang terhempas di Lembah Beringin, semalam. - Foto Effendy Rashid
KETUA Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh menasihati penunggang motosikal mengikat tali topi dengan betul semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
JENAZAH, Mohd Ihsan Sayyid Abu Tahir, 22, juruterbang pesawat ringan Eagle 150B yang terhempas di Lembah Beringin, petang semalam dibawa ke rumah keluarganya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor. Ahli keluarga Allahyarham, yang datang dari Pulau Pinang dan rakan-rakannya bagi memberikan penghormatan terakhir. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, selepas solat Jumaat. - Foto L Manimaran
PELAJAR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko (dari kiri) Mohamad Naim Nordin, 15, Mohd Adzha Mesdi, 15 dan Muhammad Azfar Shairazi Mohd Ariffin, 15, tertarik melihat patung di pameran tahanan penjara Teluk Guantanamo, hari ini. Pameran itu diadakan bersempena dengan Persidangan dan Pendedahan Jenayah Perang Antarabangsa di PWTC. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KERETA solar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 'Solar Ranger' merentasi gurun Australia diiringi kereta keselamatan Uniten melalui Lebuhraya Stuart bagi Cabaran Solar Sedunia 2009 yang berakhir Sabtu ini di Victoria Square, Adelaide, semalam. Perlumbaan kereta solar itu membabitkan perjalanan sejauh lebih 3,000 kilometer merentasi benua Australia dari Darwin di wilayah utara ke Adelaide di selatan Australia. Cabaran bermula Ahad lalu itu disertai 32 pasukan kereta solar daripada 15 negara di seluruh dunia. - Foto Bernama
PENDUDUK meletakkan tayar lama di atas bumbung sebagai persediaan menghadapi angin kuat yang dibawa taufan Mirinae di Manila, hari ini. Sekolah ditutup dan perkhidmatan feri domestik di ibu kota Manila digantung, sebagai langkah persediaan pihak berkuasa Filipina menghadapi taufan ketiga terkuat dalam tempoh lima minggu. Mirinae, taufan kategori dua dengan angin pusat maksimum pada kelajuan 150 kph, yang dijangka mendarat Sabtu ini, akan dilimpahi dengan hujan bagi wilayah utara ibu kota negara yang menjadi pengeluar beras itu. - Foto Reuters
Oct 30, 2009 5:06 pm
HASLAN mengangkat ikan pelik berbadan Yu dan berkepala mirip ikan Pari ketika memancing bersama bapa saudaranya berhampiran Pulau Peluru, di Langkawi, pagi tadi. Ikan dipercayai dari spesis sama seberat 21 kilogram dengan panjang kira-kira 1.4 meter pernah dilaporkan ditemui oleh tiga nelayan di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang pada Januari tahun lalu. Ikan itu dikenali dengan nama saintifik rhina ancylostomo. - Foto Hamzah Osman
Oct 30, 2009 4:31 pm
KAKITANGAN CTRM Aviation Sdn Bhd mengeluarkan bangkai pesawat ringan Eagle 150B yang terhempas di Lembah Beringin, semalam. - Foto Effendy Rashid
Oct 30, 2009 3:53 pm
KETUA Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh menasihati penunggang motosikal mengikat tali topi dengan betul semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya di Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
Oct 30, 2009 3:44 pm
1 ulasan:
Saya ingin memberi sedikit komen terhadap artikel mengenai En. HASLAN yang telah menangkap ikan pelik berbadan Yu dan berkepala mirip pari ketika memancing Pulau Peluru, di Langkawi baru-baru ini.
Ianya bukanlah pelik seperti yang dicangkan oleh media. Nama biasa dalam bahasa Melayu ialah YU KEMEJAN. Di Indonesia ianya dikenali sebagai Kupu Kupu Brangkas dan dalam Bahasa Inggeris adalah Bowmouth Wedgefish, Guitarfish, Mud skate & Shark Ray. Nama saintifik pula ialah Rhina Ancylostoma. Semoga masyarakat kita tidak terus mempercayai perkara tahyul yang dikaitkan dengan ikan tersebut. Sekian. (perbetulkan apa-apa kesalahan saya).
Catat Ulasan