Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 25 Oktober 2009

Dimankah Anda Apabila Anda Diperlukan

Dengan sedikit kemenangan yang Allah berikan, kita mula lupa diri. Sedangkan kemenangan yang diberikan itu hanyalah ujian semata-mata untuk melihat apakah sikap hambanya lupa diri atau pun tidak. Apakah hambanya bersikap sombong, takbur, bermegah dan memperlekehkan lawannya.

Tapi sayang sekali setelah sedikit kemenangan, sikap sombong mula menguasai diri. Kerajaan yang diamanahkan telah diasak dari dalam dan luar. Bila silap sedikit, maka isu  tersebut dibesar-besarkan dan berbendung-bendung para blogger mengkritik tanpa usul periksa.

Tidak anda merasakan amanah menulis yang Allah s.w.t. berikan itu untuk memperkukuhkan Islam. Bukan untuk memporak peradakan atau merumitkan keadaan tetapi membantu dengan sedaya upaya anda. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman, : Allah akan membantu orang yang membantu agamanya".

Jangan kata handak mempertahankan, tetapi kalau boleh dan berdaya mereka hendak meruntuhkannya. Inikah sikap yang diagong-agongkan diatas dasar kebebasan bersuara. Bagi pandangan saya, kerajaan yang terbaik dari segi kesepakatan ialah negeri Perak.

Walau pun cara rampasan yang dilakukan oleh Umno-Bn amat memalukan, tetapi semangat untuk mempertahankannya patut dipuji.Kemuafakatan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat amat-amat mengerunkan kerajaan haram kudeta. (Sumber 4U2C)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular