Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi tentang apa yang berlaku di dalam PAS sekarang ini yang semakin hangat setelah saya menulis isu yang bertajuk...... PAS Dalam Bahaya (1).
Bermacam-macam tohmohan yang saya terima, tetapi saya tidak berasa kecil hati dengan tohmohan yang saya terima. Apa yang saya tuliskan semata-mata kerana sayangnya saya kepada PAS. Walau pun ada tuduhan yang di lemparkan yang saya bersikap ke Negerian, yang bermaksud saya ini lebih condong kepada PAS Terengganu.
Tetapi saya telah terangkan bahawa didalam PAS tiada sikap berpuak-puak atau bersikap ke Negerian.. Saya sebagai pendokong gerakan PAS tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Saya anggap tuduhan itu sebagai komen-komen nakal kerana saya sudah bersama dengan PAS selama 31 tahun.
Apa yang membuatkan saya takjud ialah sikap ahli-ahli PAS yang tidak cepat melatah dengan isu EGM. Apabila saya menanya kepada akar umbi, jawaban yang saya dapat ialah "biasalah". Tiada sikap memprotes mahu pun melahirkan sikap puas hati walau pun mereka tahu ada cubaan untuk menjatuhkan TGHH dan pimpinan dari Terengganu.. Tidakkah saudara merasa pelik dengan situasi begini?
Ramai para blogger terlalu beria-ria agar TGHH dan kumpulan dari Terengganu di singkirkan dari peringkat pusat. Yang menghairankan saya, kenapa sesetengah blogger bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan TGHH. Macamlah esoknya langit akan runtuh. Adakah mereka memikirkan akan kesannya jika ianya benar-benar berlaku.
Janganlah jadi seperti pepatah melayu 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya'. Apakah mereka mengira kerana ianya pernah berlaku didalam PAS semasa era Datuk Asri maknanya dengan peristiwa tersebutlah mereka berhujah.
Sedangkan mereka tidak mengira apa yang akan berlaku sekarang ini tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman Datuk Asri. Impak yang PAS akan alami pasti akan lebih besar lagi, kerana pengaruh yang ada pada TGHH tidak sama dengan Datuk Asri.
Jangan kita fikir untuk hari ini sahaja, tetapi fikirkanlah kesannya pada kemudia hari.Apabila saya menyatakan tentangnya pasti ada yang tidak senang hati kerana ia melibatkan kepentingan peribadi.Mungkin ada yang mengatakan sifat kenegerian saya masih tebal............. Apa yang dapat saya katakan ............... anda silap.
4 ulasan:
Awatlaaa hang tak pi terus ke Kelantan pi jumpa Nik Aziz dan habak pi kat dia idea hang yang baguih sangat tu? tentu dia pun seronok bila dia tau hang dah berada dlm PAS begitu lama....
agak2 kalau komen mengutuk korang ni, lepas x?
Apa salahnya mereka seperti Nizar, Azizan, Ghani Abdul Rahman, Mahfodz atau Tuan Ibrahim menjadi presiden dan timbalan presiden PAS? Mudah-mudahan mereka dapat membawa nafas baru kepada PAS. PAS selalu bercakap mengenai rebranding. Apakah saf yang ada sudah membawa brand baru? Atau rebranding cuma sekadar retorik sama seperti retorik UMNO.
Pemimpin boleh datang dan pergi. Syarikat-syarikat besarpun menukar CEO untuk menaikkan prestasi. Inikan pula PAS yang mempunyai beberapa pemimpin yang tidak mempunyai arahtuju yang sesuai dengan dasar parti.
buat tanpa nama 21.02, apa yang dia tulis tu bukan nak bangga diri cuma dalam tulisan dia untuk menyatakan kepada orang seperti hang agar jangan perbodohkannya. Aku rasa jalan terbaik ialah turunkan TGNA yaitu bersarakan dia pasal beliau lebih mendengar pendapat pengampu2 yang ada disekelilingnya. Kerana itulah anaknya Nik Abduh dah kata dah, tapi ramai pula pakat serang Nik Abduh. Sejak kebelakangan ini yang banyak bercakap ialah TGNA, sampaikan para blogger terpaksa bekerja keras mempertahankannya. Bagi pendapat akulah TGNAlah yang menjadi liabiliti kepada PAS kerana terlalu percayakan orang2 disekelilingnya. Apatah lagi dengan kekalahan orang2 harapannya dalam muktamar pemilihan yang lalu. Semacam ada sifat dendam pula buat pembantu2nya diatas kekalahan itu. Maka mereka menggunakan TGNA yang dihormati untuk menyerang sedangkan mereka pakat bersebumyi dibelakang orang tua itu....... mereka2 ini betul2 menyusahkan TGNA. Tentang cadangan tentang barisan pelapis seperti yang disebutkan oleh tanpa nama 18.12 pula, memang boleh jadi Presiden PAS. Sedangkan TGHH sudah dikenali oleh gerakan Islam peringkat antarabangsa. Kalau setakat terkenal kat Malaysia sahaja baik tak payah, kerana ianya penting buat PAS dalam hubungan antarabangsa. Jangan samakan ceo syarikat dengan pemimpin gerakan Islam, dunia dengan akhirat mana sama.
Kalau nak banding macam tu senanglah, kalau tak suka pecat, kalau buat silap pecat. Tak tahulah macam mana hang boleh berfikiran sempit begini rupa. Memalukan........ samalah macam pemikiran Umno.
Catat Ulasan