CUEPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.
Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat tanpa mengira apa jawatan mesti diberi kebebasan untuk mereka memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.
Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal.
Adalah lebih baik untuk Datuk Omar Osman mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang. Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik.
Hormatilah hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.
Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.
Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah.
Beliau tentunya masih ingat bagaimana seorang pegawai daerah di Selangor yang diberi penyapu oleh Menteri Besar Selangor.
Tindakan yang menjatuhkan maruah kakitangan awam serta menimbulkan pelbagai tekanan kerja.
Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.
Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
20 Mac 2013
Ketua Penerangan PAS Pusat
20 Mac 2013
3 ulasan:
President cuepacs jangan bodoh macam lembu kini bodoh macam umno.sama ada kakitangan kerajaan atau pesara, kami mempunyai hak untuk memilih mana mana parti ok.
Presiden CUEPACS ni pun boleh jadi presiden bukan kerana keterampilannya dari segi pemikiran dan tindakan tetapi kerana budaya UMNO yang dibawa dalam kesatuan sekerja. Samalah seperti kerajaan BN yang ada sekarang.
Oleh kerana pengkhidmat awam yang diperbodohka maka sebab itulah mereka tentang kerajaan semasa dalam perkhidmatan,apa tah lagi bila bersara.
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Beli Followers Twitter Murah & Terpercaya Hanya di JuraganFollowers.com
Twitter Followers
Cara memperbanyak Followers Twitter
Beli Like Fanspage Facebook
JuraganFollowers.com
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Kumpulan Artikel Menarik 2013 - Farid's Blog
Farid's Blog
Artikel Menarik 2013
Info Menarik 2013
Mau Bikin Website + Hosting Murah AbizZ? Ke Rajawebhost.com aja!
Rajawebhost.com
Hosting Murah
Domain Murah
Catat Ulasan