Apabila bapak para puaka-puaka ini gagal dalam usaha mereka untuk menjatuhkan pimpinan PAS daripada Terengganu, maka muncung meriam dituju pula kepada pimpinan PAS Kelantan. Kegagalan mereka untuk menjatuhkan TGHH dan puak Terengganunya, mereka menghentam pula TGNA dan puak Kelantannya (hanya bapak-bapak kepada puaka-puaka sahaja yang menuduh PAS berpuak).
Tak kala TGNA meminta diadakan EGM berkaitan isu kepimpinan PAS Selangor, betapa gembiranya puaka-puaka ini. Kerana mereka menganggap yang mereka sudah dapat mempengaruhi TGNA. Mereka menjangka permainan politik mereka sudah hampir sampai kepuncaknya.
Tetapi apa kan daya, 'ingatkan panas sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengah hari'. Oleh kerana cita-cita mereka tidak kesampaian, maka macam-macam cemuhan dan fitnah dilemparkan selepas pertemuan peringkat tertinggi PAS. Mereka mula menjaja berita yang kononnya dalam sidang akhbar tersebut telah diskripkan.
Perkara ini betul-betul menyakitkan hati mereka yang sememangnya sudah tersesat jalan. Mungkin kemarahan mereka disebabkan oleh tidak berlakunya EGM didalam PAS yang mereka idam-idamkan. Maka mereka mula menyerang TGNA dengan melepaskan puaka-puaka mereka bertandang ke Kelantan pula.
Mereka dengan agendanya, mula memburuk-burukkan kepimpinan TGNA dengan isu kroni, yaitu perlantikkan menantunya sebagai CEO PMBK. Menjaja isu seorang individu yang menaja TGNA dan keluarga mengerjakan haji.
Mereka melaga-lagakan TGNA dengan Husam Musa pula. Walau pun ada suara-suara yang menyatakan bahawa politik PAS Kelantan sudah mula reda, hakikatnya tidak. Ini kerana puaka-puaka tersebut masih lagi berkeliaran diKelantan dan Terengganu, tidak terkecuali Selangor.
Apabila TGNA menyebut tentang cubaan sipuaka untuk menjatuhkan kepimpinan PAS Kelantan dengan menyebut satu nama iaitu 'Kolonel Mat', ada pula insan yang terasa dengan pendedahan nama tersebut. Bak kata perpatah,'siapa makan cili, maka dialah yang akan merasa pedasnya'.
Seperti yang selalu saya katakan, jika pemimpin tersebut tidak mengikut citarasa mereka, maka mereka akan menggunakan berbagai cara untuk menghentam pemimpin tersebut. Dari situ kita akan dapat menilai siapa sebenarnya yang bersifat talam bermuka-muka.
Bagi puaka-puaka ini, hanya mereka sahaja yang betul dalam semua hal. Mereka jangka yang mereka dapat mengawal PAS mengikut acuan mereka. Mereka merasakan yang merekalah sebenarnya pandai dalam hal ehwal politik PAS.
Sebenarnya mereka lupa bahawa perkara ini pernah berlaku semasa era Almarhum TG Yusuf Rawa lagi dalam usaha menjatuhkan Almarhum TG Fadhil Noor. Cuma bezanya ialah, pada era tersebut maklumat lambat sampai kerana menggunakan surat layang. Dan zaman sekarang ialah zaman IT, maklumat yang mereka sebarkan cepat sampai.
Mereka menjangkakan yang mereka boleh mengulangi zaman PAS dibawah Almarhum Datuk Asri, yang membawa perletakkan jawatannya sebagai Yang Di Pertua PAS. Untuk maklumat puaka-puaka ini, Datuk Asri tidak dipecat tetapi beliau meletak jawatan bersama kumpulan 12 nya.
Oleh itu usahlah anda terasa sekiranya anda tidak memakan cili. Hanya yang memakan cili sahaja yang akan terasa pedasnya cili tersebut. Jika anda menjangkakan yang anda telah berjaya memporak perandakan pendokong-pendokong PAS........... maka telaah anda jauh tersasar.
Kerana perbuatan andalah yang membuatkan pendokong-pendokong PAS semakin kental dalam mempertahankan pemimpin mereka. Segala tindak tanduk kamu telah mengeratkan lagi ikatan dan kekuatan PAS, dan anda telah pun dinilai oleh pendokong-pendokong PAS sebagai baka kepada Abdullah bin Ubai.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 29 November 2009
Sakitnya Hati Aku......

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera Umno be...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
“Hai istriku sebaiknya kita bernazar kepada Allah”, kata seorang saudagar kepada istrinya, “Jika kita diberi anak laki-laki, aku akan memoto...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pem...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Tawar menawar dan sogok menyogok sudah bermula di Bagan Pinang. Sementara itu, Isa Samad berharap dan berdoa, dia akan menang di Bagan Pina...
2 ulasan:
setuju bro
kita panggil je puak2 tu blogger munafik, atau kumpulan abdullah ubai
mereka semua perasang sangat bagus nok mengajar pimpinan PAS cara berpolitik.. sedankan mereka baru setahun jagung dlm politik.. tah berapa kali mengundi pun tak tahu..
Catat Ulasan