Untuk menyembunyi sikap perkauman Melayunya tebal, Umno mula melagukan isu ketuanan Melayu. Ini boleh dilihat semasa DS Najib menjadi ketua pemuda Umno. Apabila isu ini dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA pada era 80an dahulu.
Beliau dengan penuh lantang meniupkan api perkauman Melayu apabila pemimpin MCA, Lee Kim Sai mengatakan yang kaum Melayu pun adalah kaum pendatang seperti juga dengan kaum Cina. Ketegangan kaum semakin memuncak apabila DS Najib dan Umno melakukan demontrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.
Disebabkan perbalahan Umno dengan MCA, 'Operasi Lalang' dilaksanakan dengan menangkap para pemimpin PAS dan DAP. Sebelum 'Operasi Lalang' dilakukan, kerajaan Umno/Bn telah menyarankan agar pemimpin MCA, Lee Kim Sai yang menimbulkan isu tersebut berehat di luar negara.
Tidakkah pelik bin ajaib, berpuluh-puluh pemimpin pembangkang yang tidak ada kena mengena dengan isu tersebut diISAkan? Sedangkan pemimpin Umno dan MCA yang meniupkan isu ketuanan Melayu bebas tanpa diusik.
Umno juga adalah parti perkauman Melayu yang bersifat menghisap darah(Drakula) yang akan menghisap darah parti-pari lain di dalam BN. Ini boleh dilihat perbuatannya terhadap PAS, Gerakan, MCA, MIC dan parti-parti sekutunya yang lain.
Setelah darah parti-parti tersebut semakin kering, mereka mula mencari alasan untuk menyingkir parti tersebut. Apabila Umno menjadi lemah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menarik parti-parti yang ada kekuatan untuk menyertainya dengan berbagai janji-janji manis mereka dengan tawaran yang menarik hati para pemimpin parti tersebut.
Sebagaimana mereka mengkhianati PAS semasa Umno mengalami kekalahan teruk pada era 60an sehingga berlakunya tragedi 13 mei. Atas belas kasihan PAS terhadap orang Melayu, maka PAS menghulurkan tangan persahabatan dengan menyertai Perikatan yang kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional.
PAS sanggup mengadaikan prinsip perjuangannya semata-mata menyelamatkan maruah politik orang Melayu yang mewakili majoriti penduduk Malaysia. Selepas Umno mula pulih dan mempunyai kekuatan, mereka mula mencari helah untuk menyingkirkan PAS daripada BN sehingga MAGERAN dikenakan terhadap Kelantan.
Sekarang ini mereka melakukan perkara yang sama terhadap parti Gerakan dengan meminta jawatan pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diserahkan kepada Umno dengan alasan hanya Umno yang mempunyai kerusi di Dun Pulau Pinang. Sikap tamak dan gila kuasa sudah menjadi sebati dengan Umno yang telah memerintah selama 52 tahun.
Kenapa Umno sahaja yang menang di Pulau Pinang kerana mereka bijak membuat percanturan politik dengan mengambil kawasan-kawasan yang selamat sahaja. Bagi sekutu mereka didalam Barisan Nasional akan diberikan kawasan yang bermasaalah agar mereka terus berkuasa dengan mempunyainya majoriti penuh.
Bagi blogger pengampu BPN pula, ini menunjukkan yang pemimpin Umno bijak berpolitik agar orang Melayu terus berkuasa. Hakikatnya yang nyata, ianya hanyalah untuk kaum kerabat dan kroni-kroni mereka sahaja yang akan terus berkuasa dan memperkayakan diri sendiri.
Siapa yang mengatakan bahawa Umno adalah parti yang benar-benar membela orang Melayu. Sunggup malang bagi orang Melayu yang sentiasa diperbodohkan oleh para pemimpin Umno. Umno akan terus membiarkan orang Melayu mundur kerana ia akan menjadi modal mereka setiap kali diadakan pilihanraya.
Matlamat utama Umno ialah dengan terus melalaikan orang Melayu daripada Islam agar senang mereka mempengaruhi orang Melayu dengan memperbanyakkan pusat-pusat hiburan supaya orang Melayu terus lalai kerana dengan cara ini mereka akan menabur fitnah sekiranya menyokong PAS, mereka akan mengharamkan pusat-pusat hiburan.
Mereka sanggup membiarkan anak-anak muda mendedahkan aurat dengan kehidupan yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Mereka juga sanggup mempertahankan orang Melayu yang ditahan oleh jabatan agama Islam kerana meminum minuman keras, berpakaian tidak senonoh, menyertai pertandingan ratu cantik dan sebagainya.
Bagi Umno yang telah sesat lagi menyesatkan sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Islam selagi ia menguntungkan agenda politik mereka. Lihatlah cara isteri-isteri dan anak-anak mereka berpakaian dalam masa yang sama mereka tidak tahu malu mengaku pula sebagai parti Islam.
Tidak dibayangkan bagaimana sekiranya Umno memerintah 50 tahun lagi, yang pasti orang Melayu akan merempat dinegara sendiri. Apakah jasa Umno setelah 52 tahun memerintah jika tidak tanah-tanah orang Melayu terus dirampas dengan mengubal kanun tanah negara atas alasan pembangunan.
Sedangkan tanah rizab Melayu hanya tinggal 1/4 daripada keseluruhannya yang ditinggalkan oleh penjajah British. Semuanya telah lesap disebabkan kerakusan para pemimpin Umno yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri.
Kerana ketamakan mereka, mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit hanya semata-mata untuk jawatan ketua cawangan. Itu baru ketua cawangan, belum lagi ketua bahagian dan peringkat yang lebih tinggi lagi. Apa yang mereka lakukan bukan kerana untuk membela orang Melayu tetapi untuk kepentingan politik mereka yang bernafsu besar.
Ini semua adalah batu lompatan dalam memperkayakan diri sendiri kerana bagi mereka, persetankan orang Melayu. Janji aku dapat mengumpul harta untuk tujuh keturunan. Saudara boleh melihat bagaimana gaya kehidupan mereka setelah menang jawatan Adun, semuanya akan bertukar baru, sedangkan elaun wakil rakyat berapa sangat sebulan. Tetapi mereka mampu membeli kereta yang berharga beratus ribu.
Malaysia sudah mengukir sejarah semenjak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak lah, isteri beliau semakin berkuasa sehingga menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia, siapa sebenarnya yang memerintah, Najib atau Rosmah. Dan Malaysia akan mempunyai seorang lagi Emelda Marcos, seorang diktator daripada negara Filipina.
Perkara ini betul-betul membimbang masyarakat Malaysia apabila isteri PM mencampuri urusan pentadbiran negara. Tidak pernah berlaku pada Umno semenjak ia ditubuhkan pada 1946. Daripada era Datuk Onn Jaafar sehinggalah kepada era Pak Lah, seorang isteri pemimpin no.1 mencampuri urusan kerajaan dan kabinet yang dianggap rahsia kerajaan. Hanya Rosmah yang dapat melakukannya walau pun ada bantahan daripada menteri, ianya terpaksa disimpan didalam hati. Ini adalah untuk menjaga periuk nasi masing-masing walau pun kemarahan membara dihati.
Oleh itu jalan terbaik bagi umat Melayu ialah mentalkinkan Umno buat selama-lamanya. Selagi wujudnya Umno, orang Melayu dan umat Islam akan berada didalam bahaya dari segi akidah Islam dan juga ketuanan Melayu. Sungguh kesihan orang Melayu apabila akidah mereka telah diselewengkan oleh Umno. Kerana hanya itu sahajalah bekalan untuk dihitung di Padang Mahsyar nanti. Kerana ketuanan Islam lebih penting daripada ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh Umno.
3 ulasan:
Hang dok merapu apa ni...sudah-sudah la dok tebaq fitnah, hang dok ingat pembangkang baik sangat ka?
Hang memang buta la kalau hang kata UMNO tadak langsung jasa...
Hang ingat hang tulih macam ni, mati nanti boleh masuk syurga ka? Syurga Nik Aziz boleh
lebih baik ko mati la puki!!!!!!!!!!
kecik xnk mampos bile besar menyusah kan negara
Pookey :Percakapan haang tak boleh masuk syurga..biar UMNO mati..UMNO menghina hukum Allah,menghasut org kafir bahawa hudud bahaya..tahukah anda bahawa hudud itu hukum Allah..wei pookey Mark!!klu ko tak nak ikut islam..ko pergi la buat bumi sendiri,jgn dudok bumi Allah..dudok bumi UMNO..UMNO mati melayu sejahtera..
BABI NEGARA
Catat Ulasan