Translate

Rabu, 23 Disember 2009

PM : Bila Bersara Baru Berkokok......

Bekas-bekas mantan PM bernai berkokok setelah bersara, sebiji macam bekas-bekas presiden Amerika. Mereka hanya nampak apa yang telah mereka lakukan selepas mereka bersara. Itulah sikap Umno yang hanya berani setelah tiada apa-apa jawatan lagi didalam kerajaan. Lihatlah Mahathir selepas bersara, beliau boleh bercakap tentang Suruhanjaya Diraja apabila ada pihak mempertikaikan wang sebanyak RM 100 bilion yang dibelanjakan semasa rejim beliau. Beliau bukan main lagi mencabar agar diadakan Suruhanjaya Diraja. Dengan syarat Pak Lah pun disiasat juga berhubung penbelanjaan sebanyak RM 280 bilion. Semasa 22 tahun beliau menjadi PM, semua orang tahu betapa liatnya beliau untuk menubuhkan Suruhan Diraja apabila diasak oleh pembangkang. Beliau merasakan hanya beliau sahaja yang pandai. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan orang awam dalam tragedi berdarah Memali. Apa yang kerajaan lakukan hanya mengeluarkan laporan 'Kertas Putih', peristiwa tersebut amat penting bagi rakyat mengetahui cerita sebenar. Apa yang beliau lakukan ialah membuat fitnah pula terhadap penduduk Memali. Daripada alasan ajaran sesat ditukar pula kepada alasan untuk mengulingkan kerajaan. Biar betul...... penduduk Memali hendak mengulingkan kerajaan?. Senjata apa yang mereka ada.......... cangkul, penyapu, parang dan alatan untuk pertanian untuk mengulingkan pasukan keselamatan yang mempunyai peralatan perang yang cangih. Sekarang ini semua orang dibantainya, sedangkan semasa rejim beliau memerintah semua menteri takut membantah segala arahan beliau. Kerana apabila hitam katanya maka hitamlah, putih katanya maka putihlah. Biar pun sebenarnya yang putih itu hitam, yang hitam itu putih. Sampaikan ada ahli parlimen daripada BN mengadu kepada MP PAS agar ianya dibawa semasa sesi parlimen. Ini adalah kerana takutnya mereka terhadap manusia yang bernama Mahathir. Jadi jalan keluar terbaik ialah meminta pertolongan dari MP PAS. Renungkan kembali bagaimana beliau mengizinkan pasukan dari Israel menjejakkan kaki ke Malaysia. Dan beliau juga membawa masuk remaja dari Israel melawat Malaysia, kononnya untuk menunjukkan betapa amannya Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum boleh hidup aman. Alasan bodoh sombong yang beliau berikan ialah agar belia Israel tersebut akan pulang ke negara mereka dan menceritakan kepada rakyat Israel yang mereka boleh hidup aman dengan bangsa Palestin. Sedangkan Al-Quran terang-terang menceritakan akan sikap bangsa Yahudi yang dilaknat. Apabila pemimpin membantah, mereka ditangkap semata-mata menyatakan yang benar. Kerana hendak menjaga hati Amerika, rejim Mahathir sanggup melakukan apa sahaja agar beliau dapat pujian daripada presiden Amerika. Tetapi apa yang rejim Mahathir dapat, nak bertemu dengan presiden Amerika pun terpaksa menggunakan pelobi Amerika dengan bayaran berjuta-juta wang rakyat. Saudara nilailah sendiri tindakan pemimpin kesayangan Malaysia yang diberi gelaran 'Bapa Pembangunan' itu cerdik ke atau bodoh. Bila waktu persaraannya hampir tiba, bukan main berapi beliau menghentam Israel sehingga banyak negara sekutu Israel mengutuk kembali tindakkan beliau itu. Kenapa dalam masa beberapa bulan lagi beliau bersara baru beliau berani?. Kenapa tidak melakukannya semasa era beliau belum ada niat lagi bersara. Inilah pengkhianat Islam yang tangannya masih lagi terlekat dengan darah-darah para syuhada Memali. Orang yang mengatakan ucapan salam dengan selamat pagi sama sahaja. Orang yang memegang slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' dengan mengambil ayat al-Quran yang baik-baik sahaja kerana ada ayat Al-Quran yang tak bagus. Orang yang membela peserta ratu cantik dari didakwa. Menghina janggut Rasulullah dengan menyatakan pada zaman itu mana ada lagi pisau cukur. Menghina wanita Islam yang menutup aurat. Menyuruh Al-Quran ditafsirkan semula mengikut peredaran masa....... yang sebenarnya ialah agar ia ditafsir mengikut acuan pemerintahan rejim beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular