Translate

Rabu, 13 Januari 2010

Jika Polis Dah Dapat Wajah Dalam Bakar Gereja..... Tunggu Apa Lagi.

 KUALA LUMPUR 13 Jan. – Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati di sini, Jumaat lepas.
"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.
Beliau berkata, kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” kata Ismail. - Bernama

Ulasan Musafirlalu.............

Jika dah dapat wajah dan fizikal mereka yang terlibat dengan pembakaran gereja, kenapa tunggu lagi. Sila jalankan tugas dan buat tangkapan. Tidak perlu memberi berbagai alasan kerana RAKYAT DIDAHULUKAN sedang memerhati akan segala tindakan kerajaan.

Apakah dengan alasan yang diberikan kerana pihak polis tidak dapat mengaitkan pihak pembangkang. Almaklumlah dengan sistem perundangan di Malaysia ni pelek sikit, baik dari segi tangkapan mahu pun demotrasi. Sentiasa ada sikap pilih kasih kepada pemimpin dan penyokong kerajaan dengan pembangkang.

Jika ianya melibatkan penyokong kerajaan yang melakukannya, pasti siasatan akan masa berbulan-bulan dan ada yang sampai bertahun-tahun. Tetapi bila dengan penyokong dan pemimpin pembangkang, belum mula lagi nak buat demotrasi, dah kena tangkap dan disumbat dalam lokap.

Itulah realiti yang terpaksa RAKYAT DIDAHULUKAN terpaksa menerimanya. Jika pihak polis ingin memulihkan imej yang sudah teruk tercalar, inilah masanya. Agar RAKYAT DIDAHULUKAN dapat mempercayai peranan pihak polis sebagai penguatkuasa yang boleh dipercayai............. tetapi ada beranikah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular