Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 8 Januari 2010

Kalimah ALLAH : Dimana Letaknya...... Di Hati Ataupun Di Dinding Rumah....

  

 "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius perdebatan kalimah Allah yang menjurus dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah The Herald menggunakan 'Allah' sebagai rujukan kepada Tuhan sembahan mereka. Kalimah 'Allah' sepertimana yang difahami oleh orang Islam adalah satu kalimah suci yang membawa erti Tuhan yang Maha Esa."


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemuda Umno (KJ) mengenai kebenaran menggunakan kalimah ALLAH. Kalimah ALLAH benar-benar mengerumkan banyak pihak......... lebih-lebih lagi ialah umat Islam. Jika mengikut sejarah penjajahan British terhadap negara umat Islam, seorang perdana menteri British pernah berucap didalam parlimen sambil memegang Al-Quran sambil berkata," Kita tidak dapat menjajah negara-negara orang Islam dengan membakar Al-Quran atau pun masjid-masjid. Kerana jika kita melakukannya, orang-orang Islam yang tidak sembahyang (jahil) pun akan bangun menentang kita.Tetapi cara kita menjajah negara orang Islam ialah dengan menjajah pemikiran mereka".

Maka Islam telah diasingkan daripada politik yang membawa kepada ajaran 'politik suku agama suku'. Dahulu undang-undang Syariah telah dilaksanakan di negeri-negeri Tanah Melayu tetapi selepas kemasukkan penjajah Inggeris, ianya telah diasingkan sebagaimana mereka lakukan kepada agama Kristian. Mereka memperkenalkan undang-undang mereka keatas umat Islam.

Disebabkan oleh asuhan mereka dengan memperbanyakkan sekolah-sekolah yang beraliran sekular maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang mengikut fahaman sekular. Tidak cukup dengan itu, lahir pula parti-parti politik yang bertunjangkan perkauman (kebangsaan). Mereka yang mengaku Islam menolak hukum yang telah di wajibkan oleh ALLAH tetapi sanggup pula menerima pakai hukum penjajah.

Malah apabila diberi kemerdekaan, mereka berbangga kerana agama Islam telah menjadi agama rasmi didalam perlembagaan. Apakah erti sebuah kemerdekaan jika pemikiran masih lagi terjajah dengan menolak hukum ALLAH yang mana telah jelas diterangkan di dalam Al-Quran. Kenapa bila berkaitan dengan hukum ALLAH, macam-macam alasan diberikan. Sedangkan perkara ini berkaitan akidah kerana ia membawa kepada rukum Iman iaitu percaya kepada Kitab-Kitab.

Tiada beza dengan kata-kata PM British tersebut,"....... yang tidak sembahyang pun akan bangun menentang". Apabila isu ALLAH ditimbulkan oleh pihak yang masih mempunyai pemikiran sekular yang cuba mencari keuntungan politik murahan.Sebagaimana yang terkandung di dalam kenyataan...........

"Pemuda UMNO juga mengambil maklum sentimen di kalangan akar umbi Melayu dan Islam yang begitu risau dengan perkembangan ini, disamping tidak menolak sensitiviti penganut agama Katolik.
Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald. Dialog hasil perjumpaan ini bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak disamping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut ini"
.

Jika pemuda Umno benar-benar ingin membela kalimah ALLAH............ kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Kerana kalimah ALLAH boleh di beli kedai-kedai oleh orang Islam atau pun bukan Islam untuk digantung di dinding rumah........... jadi dimanakah nama ALLAH patut diletak?........... jika sekadar mempertahankan kalimah ALLAH tetapi apa yang diwajibkan oleh ALLAH kepada pemuda Umno tidak diendahkan............. baik hentikan saja angan-angan nak buat demotrasi.

Jangan jadi talam bermuka-muka............ dalam satu masa mempertahankannya.................. tetapi dalam satu masa mempermain-mainkan............ jika benar pemuda Umno (KJ) anak jantan.............. desak kerajaan kembali kepangkuan jalan............ ada berani ke..................... atau sama sahaja dengan Hisham auuuuwww. Pasti Rosmah akan mencekek pinggang.............. jika KJ bersuara tentang hukum ALLAH.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular