Gerhana Matahari yang berlaku adalah satu kebesaran yang ALLAH tunjukkan kepada hamba-hambanya. Tetapi apakah kita melihat dan merenungnya sebagai pencuci mata kerana ianya jarang-jarang berlaku. Dalam kita mempertahankan kalimah ALLAH untuk umat Islam sahaja, dari segi manakah cara kita menghayati kalimah ALLAH.
Bagi yang beriman tidak menjadi masaalah, tetapi yang menjadi masaalahnya ialah yang hanya mengagung-agungkan kalimah ALLAH sahaja. Dari segi penghayatannya masih lagi ditahap 'politik suku agama suku,' yang nyata bercanggah dengan akidah.
Matahari tidak mengejar bulan dan malam tidak mendahului siang, malahan tiap-tiapnya itu beredar pada falaknya (tempat peredarannya) masing-masing dengan peraturan yang baik, sebagai bukti yang terang atas adanya ALLAH yang Mahakuasa.
Sedang mereka memerintah negara, mereka tidak pernah mengambil peluang yang ada untuk meletakkan Islam ditempat yang betul. Mereka hanya mempertahankan kalimah ALLAH tetapi langsung tidak mengambil peduli tentang apa yang telah ALLAH perintahkan dan tegahkan.
Apa yang penting bagi mereka yang masih terlalu lena dengan kekuasaan yang ada ditangan....... persetankan dengan perlembagaan ALLAH. Hukum Hudud sudah tidak sesuai di zaman IT ini............ zalim dan juga sudah lapuk. Perlembagaan penjajah lebih sesuai dan lebih adil dan seadil-adilnya.
Apa guna dengan perlembagaan ALLAH.......... itu tak kena......... ini tak kena......... itu tak boleh........... ini tak boleh............ rimas jika semua tak boleh........... macam mana nak hidup............ jika ada halal haram......... kan senang jika ada............. 'Halang' sahaja. Susah nak berniaga jika tiada Riba........... lepas tu kena pakai tudung pula bagi kaum wanita......... rimas.........rimas..........rimas.
Macam mana nak tarik pelancong............ jika arak tak boleh dijual............... nanti pelancong tak datang kat One Malaysia........... Macam mana nak tunjuk rantai leher sebesar lengan............. jika kena pakai tudung.......... apa tah lagi jika loket bertatah belian sebesar penumbuk..
Jika RAKYAT DIDAHULUKAN nak buat demotrasi.............. buatlah sebanyak mana nak buat tentang kalimah ALLAH........... tapi jangan duk gatal-gatal nak suruh laksanakan hukum ALLAH.......... hang cakap lebih-lebih........... aku ISA kan........... baru hang tahu............. matahari bulan tinggi mana............. siapa yang lebih berkuasa............. hang ke atau One Malaysia and Rosmah.......... ok jumpa lagi........... aku tengah bersiap nak pakai tudung........... pasal aku nak pergi Arab Saudi............. nak tengok........... ada tak kalimah ALLAH kat Kaabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan