Translate

Selasa, 23 Februari 2010

Pandangan Jauh Mujahid Said Nursi.....

Semasa kerajaan Islam terakhir jauh ketangan bapa sekular Turki, Kamal Antartuk Laknatullah. Ustaz Said Nursi, seorang ulama, pejuang dan mujadid telah menyatakan bahawa kerajaan Turki akan pulih selepas tujuh keturunan.

Kata-kata beliau itu telah menampakkan kebenarannya, setelah parti AK telah menang besar didalam pilihan raya. Kita lihatlah apa yang belaku kepada kerajaan Turki sekarang ini. 

Polis Turki hari ini menahan bekas ketua tentera udara dan tentera laut di bawah siasatan berhubung dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan menggantikannya dengan pentadbiran ketenteraan.

Tangkapan itu adalah antara yang terbesar dilakukan oleh negara calon anggota Kesatuan Eropah (EU) itu terhadap kuasa sekular tentera, berikutan beberapa laporan berhubung dakwaan komplot pada tahun lepas yang telah mencetuskan ketegangan hubungan antara Parti AK yang memerintah dengan pihak tentera.

Menurut stesen NTV, bekas Komander Tentera Udara, Ibrahim Firtina iaitu bekas Komander Tentera Laut, Ozden Ornek dan beberapa pegawai atasan tentera yang telah bersara ditahan di bandar raya Istanbul, Ankara dan Izmir selepas didakwa terlibat dalam plot 'Sledgehammer'.

Stesen televisyen CNN Turk menyatakan, tujuh pegawai yang masih berkhidmat dan tujuh pegawai bersara telah ditahan manakala ketua pasukan tentera, Jeneral Ilker Basbug pula terpaksa membatalkan perjalanannya ke Mesir ekoran kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang komen rasmi berhubung laporan itu.

Sebelum ini, pihak tentera yang pernah menyingkirkan empat kerajaan dalam tempoh 50 tahun, mungkin tidak terfikir tindakan penahanan ke atas mereka boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, kuasa mereka semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat pembaharuan sistem demokratik negara-negara anggota yang berlindung di bawah EU.

Beberapa pegawai atasan tentera yang lain telah ditahan berhubung dakwaan merancang komplot berasingan untuk menggulingkan Parti AK, yang berpegang pada politik Islam.

Menurut laporan media sebelum ini, rancangan Sledgehammer yang dinafikan oleh pihak tentera, mereka yang terlibat dikatakan telah merancang untuk melakukan provokasi supaya jet pejuang Greek menembak jatuh jet tentera Turki selain merancang untuk meletupkan bom di masjid-masjid dan muzium di Istanbul bagi mencetuskan huru-hara.

Bulan lepas, akhbar Taraf menyatakan, pihaknya memiliki dokumen setebal 5,000 muka surat dan pita rakaman mengenai rancangan Sledgehammer, yang bertujuan untuk menunjukkan Parti AK gagal melindungi penduduk awam dan merasionalkan rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2003.

1 ulasan:

malaysia baru berkata...

Alhamdulillah krn Allah tak izinkan rampasan kuasa itu berlaku.

Wamakaruu wa makarallahu, wallahu khairul maakiriin. "Mereka telah melakukan tipu daya, dan pasti Allah membalas tipu daya (mereka), sedangkan (strategi) Allah adalah sebaik-baik strategi" (QS. Ali Imran ayat 54).

Teruskan berdakwah. Nanti Allah akan tolong memenangkan Islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular