Translate

Isnin, 8 Mac 2010

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah.11 (BahteraWawasan)

Yahudi yang mewariskan pengetahuan sihir semasa zaman firaun pula mungkin daripada golongan yang menjadi hamba suruhan kepada tukang-tukang sihir, atau mungkin daripada golongan Yahudi yang enggan mengikut ajaran Nabi Musa. Maka, pengetahuan itu direkodkan untuk diwariskan kepada Yahudi-Yahudi seterusnya, itu pun mungkin selepas mereka melihat ‘nikmat dunia’ yang berikan syaitan kepada firaun, supaya generasi mereka yang mengamalkan sihir dapat menguasai dunia dengan bantuan syaitan seperti firaun pernah mengecapinya. Realiti sekarang, Yahudi sudah pun menguasai dunia.




Belum jelas mengenai pendapat bahawa sesebuah binaan untuk tujuan beragama itu perlukan kiraan tertentu dalam memenuhi keperluan mengikut amalan sesebuah agama? Kita kembali kepada Islam yang kita cintai, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail di sebuah kawasan di padang pasir Makkah. Lokasi untuk membina Kaabah itu pula sudah ditentukan oleh Allah, manakala bentuk dan saiz Kaabah juga mungkin sudah ditentukan oleh Allah. Maka, kiraan arkitektural yang diperlukan untuk membina Kaabah sudah ditentukan oleh Allah di atas lokasi yang juga sudah ditentukan. Bukankah tempat suci umat Islam itu ialah lokasi yang sudah ditetapkan oleh Allah? Begitulah juga dengan kawasan al-Aqsa yang mana keluasannya meliputi masjid as-Sakhra dan masjid al-Aqsa juga adalah lokasi yang ditentukan oleh Allah. Masjid al-Aqsa didirikan di atas sebuah kawasan yang dinamakan al-Aqsa, yang juga meliputi masjid as-Sakhra iaitu bangunan berkubah emas yang juga disebut sebagai Dome of the Rock. (hanya sekadar pendapat). Lokasi itu sudah ditentukan Allah kerana Allah lebih mengetahui segala rahsia yang dirancang-Nya di tempat-tempat suci itu.




Dalam kes rumah ritual satanis, maka tidak mustahilkah kiraan arkitektural sesebuah binaan itu ditentukan oleh syaitan? Kiraan itu kemudiannya menjadi asas kepada ilmu senibina arkitektural hari ini. Mungkin sebahagiannya (berdasarkan beberapa kes) juga telah diserap masuk ke dalam ilmu senibina yang kita panggil sebagai kejuruteraan awam. Manakala pengetahuan senibina yang mengamalkan kiraan-kiraan mistikal pula dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi dan Freemason di kalangan manusia. Maka terbinalah binaan-binaan moden yang pelik tetapi kelihatan menarik di mata manusia seperti Burj Dubai dan sebagainya yang dibina dengan kepakaran jurutera dari Amerika dan Eropah. Ia mungkin dibina bagi melengkapkan sesuatu keperluan ritual di lokasi lain (tidak semestinya di kawasan berhampiran, boleh jadi juga di sempadan melintasi laut).




Burj Dubai








Burj Dubai kelihatan lebih kurang sama
dengan menara dalam filem ini




Eye of Sauron dalam filem Lord of the Rings




All Seeing Eye

Eye of Horus pada kad Tarot




Malah jika diperhatikan pendapat-pendapat popular masyarakat dunia (street smart) mengenai peristiwa 9-11 yang meranapkan bangunan berkembar mirip Jachin dan Boaz di New York, ia juga dikaitkan dengan amalan ritual satanis. Melalui pendapat-pendapat itu, dikatakan kejadian itu sengaja dibuat pada 11-9-2001 kerana menurut susun lapis spiritual dalam ajaran sesat Yahudi iaitu Kabbalah, angka 9 ialah turutan sebelum (di bawah) Tempat Tertinggi iaitu Tuhan yang berada di turutan angka ke-10. Maka tiada lagi angka yang berada di atas 10, kerana 10 ialah angka tertinggi yang dianggap sebagai angka tuhan.
Susun lapis Kabbalah




Jadi menurut pendapat umum itu, ritual 9-11 ialah tindakan menidakkan kewujudan angka 10 selepas 9. Kedudukan angka 9 tidak dituruti angka seterusnya iaitu 10, tetapi terus naik ke angka 11, atau ‘skip’ atau ‘lompat’ terus ke angka 11 dengan maksud menidakkan tempat tertinggi iaitu 10. Ritual itu juga dikatakan bermaksud menidakkan atau menafikan kekuasaan tuhan dengan meletakkan sesuatu (di angka 11) sebagai kuasa yang lebih tinggi daripada tuhan. Peristiwa 9-11 adalah ritual untuk mencabar tuhan.




9 skip to 11 where 10 is denied like never exist.”




New York


Kuala Lumpur

Hoffmannstraße, Jerman

Teori dari pendapat umum itu tidak terhenti di situ, bentuk bangunan WTC yang mirip bentuk Jachin dan Boaz juga menjadi medium untuk melengkapkan ritual. Malah, Jachin dan Boaz juga dianggap (secara ritual) sebagai ‘The Gate’ atau pintu gerbang bagi kemunculan semula raja mereka yang kita andaikan sebagai Dajjal.




Melalui teori yang sama. Pada hari yang sama peristiwa 9-11 juga, bangunan Pentagon turut ‘dikatakan’ diserang (atau sebenarnya dirancang oleh tangan ghaib?). Bentuk pentagon pula adalah segi lima seperti yang terdapat dalam pentagram, iaitu bintang (star) bucu lima yang menjadi medium ritual sihir dalam agama WiccaAsatru dan lain-lain agama syaitan. Kebanyakan ritual pula menggunakan api (sifat syaitan).




Imej pelik pada kepulan asap dalam peristiwa 9-11




Perhatikan imej ini yang terdapat pada
kad Tarot ramalan dalam amalan sihir




Perhatikan pula 'ritual korban' ini yang
berlaku dalam peristiwa 9-11, sama gambar di atas?




Jika diperhatikan di sini. Pada 9-11-2001, adalah ritual mencabar tuhan dimana berlaku pembakaran Star (bangunan Pentagon) dan juga berlaku pembakaran Gate (bangunan WTC) atau Star & Gatemenggunakan api dengan mencabar tuhan supaya Dajjal dimunculkan semula untuk keluar dari stargate(pintu gerbang ghaib). Ia dikatakan upacara ritual terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah. Pendapat umum itu pula semakin mendapat perhatian oleh beberapa pengkaji agama di Amerika dan sebilangannya juga menyokong berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima. Malah, bukti penipuan George W.Bushmengenai konspirasi 9-11 juga sangat jelas melalui ucapan-ucapan yang kami sifatkan sebagai ‘terlepas cakap’. Bush memang selalu terlepas cakap, sebab itulah petualangnya semakin terserlah. Anda boleh menemui buktinya jika meneliti laporan-laporan akhbar sejak September 2001 hingga habis penggal pentadbiran Bush, buatlah penelitian secara bersungguh. Juga boleh lihat buktinya melalui klip-klip siaran berita televisyen Amerika, ia boleh ditonton di Youtube.




Itu adalah teori mengenai contoh ritual yang dilakukan tanpa kita semua sedar. Tapi, bagaimana pula dengan ritual-ritual lain yang dibuat secara terancang di peringkat global? Jika peristiwa 9-11 dianggap sebagai ritual terbesar, maka mana lebih besar jika kita melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi ‘daya sokongan’ kepada ritual sebenar? Bukankah itu juga satu ritual terbesar?




Ritual seks pada paparan dinding di Rom. Maaf jika imej ini mengganggu
sesetengah pembaca, ia adalah untuk tujuan pembelajaran




Dalam satu peringkat, zina juga dikelaskan sebagai ritual di kalangan penganut agama pagan. Ia dikatakan ritual untuk mengagungkan Goddess of Sex and Love iaitu Athenna. Malah, keadaan tidak sedarkan diri akibat dipengaruhi dadah atau arak juga dianggap sebagai satu ritual satanis pada waktu-waktu ritual sebenar dijalankan walaupun jaraknya melintasi sempadan lautan. Penganut agama syaitan ini (Wicca,AsatruBohemian Grove dan seangkatan dengannya) merencanakan kelab-kelab malam sebagai tempat manusia menikmati arak, mencari pasangan untuk zina dan sebagainya.




Ia juga sebagai medium menjadikan manusia menurut segala keperluan mengikut kehendak mereka untuk menjana ‘daya sokongan’ bagi memenuhi keperluan ritual. Ia digerakkan secara global. Kita di Malaysia juga mampu menyumbang tenaga sekiranya ritual itu sedang dijalankan di England atau Perancis atau Scotland atau Amerika kerana titik-titik pentagram sudah disebarkan ke seluruh dunia. Pentagram pula berfungsi dengan cara yang sama seperti piramid. Maka tidak hairanlah jika manusia hari ini begitu mudah menurut nafsu akibat terlibat dalam upacara ritual satanis secara tidak sengaja.

Binaan bercirikan Mason yang terus dibina sehingga hari ini pula menjadi keperluan untuk mereka melakukan ritual sihir. Ia mungkin sebagai bayaran kepada syaitan yang telah memberi kedudukan kepada mereka di dunia ini.




Apabila dikombinasikan semua kajian tersebut dengan satu persamaan iaitu tenaga, dapat disimpulkan bahawa tenaga yang terhasil itu akan dijana melalui satu sistem janakuasa mistik.




Sistem daya sokongan pelengkap ritual ini dirancang dengan begitu baik bagi membolehkan tenaga-tenaga pasif di peringkat global bersatu dengan tenaga-tenaga aktif yang dijana dalam ritual sebenar. Ingat lagi dengan HEF dengan UEF dalam bab Tenaga Ritual Bahagian 2? Ia adalah koordinasi antara daya pasif dengan daya aktif.

Mengapa Dajjal mewujudkan sistem ini? Ia bagi membolehkan manusia melakukan ritual pasif terhadapnya dalam keadaan tidak sedar bagi menyokong ritual aktif. Ia adalah sistem Dajjal. Dajjal adalah pakar dalam amalan sihir, dia licik memanipulasi setiap perbuatan manusia supaya menjadi selari dengan kehendak ritual yang mendewakannya di samping syaitan. Dia mahu simbol-simbol yang diperlukan dalam ritual berdiri megah di serata dunia, dia memanipulasi kejahilan manusia.

Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan...elemen sihir itu ada di mana-mana sahaja, sama ada kita sedar atau tidak..kita sedang menghadapinya.

Bersambung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular