Translate

Khamis, 4 Mac 2010

Umno Akan Mainkan Isu Sultan Kelantan.


Setelah dituduh sebagai pengkhianat terhadap rakyat Kelantan berkaiatan isu royalti minyak, Umno pasti akan mengambil peluang dengan kepulangan Sultan Kelantan daripada menerima rawatan di Singapura sejak Mei tahun lepas.

Media arus perdana akan memainkan isu tentang TGNA yang dikataka tidak melawat baginda. Diharap kerajaan Kelantan tidak akan terjerat dengan mainan politik Umno berhubung isu ini. Umno akan cuba menonjolkan balik imej mereka yang tercemar itu dengan mengeruhkan lagi hubungan kerajaan negeri dengan pihak istana.

Umum mengetahui bagaimana kerajaan negeri tidak masuk campur berhubung kekalutan yang berlaku dalam istana Kelantan. Dan kita akan melihat gelagat pemimpin Umno dan Ibrahim Ali yang akan mengambil kesempatan yang ada untuk memulihkan imej mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular