APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 18 Julai 2010
Mat Tyson Merajuk, Menandakan Umno Selangor Bergolak
AWANG terpanggil untuk mengulas keresahan ahli-ahli UMNO di Kelana Jaya, Selangor terhadap ketua mereka, Muhammad Muhd. Taib. Ini berikutan tindakan beliau yang memencilkan diri selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun lalu.
Muhammad dikatakan tidak hadir dua kali mesyuarat agung bahagian tersebut dua tahun berturut-turut.
Awang dapat tahu, beliau juga tidak menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri selain banyak lagi aktiviti parti di bahagiannya. Tugas itu diwakilkan kepada timbalannya, Yahaya Bujang.
Sebagai Ketua Bahagian yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelana Jaya, Muhammad ternyata tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya.
Malah beliau sama sekali enggan tampil membantu kempen pilihan raya BN di Hulu Selangor walaupun diminta oleh jentera parti. Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah beliau kurang sihat atau uzur? Mungkinkah Muhammad merajuk kerana tidak diberikan jawatan tertentu dalam parti mahu pun dalam kerajaan selepas kekalahannya?
Hanya beliau yang boleh memberikan penjelasan. Setakat ini, bekas Menteri Besar, menteri pusat dan Ketua Penerangan UMNO itu membisu seribu bahasa. Awang amat menghormati dan menghargai Muhammad yang banyak berjasa kepada parti, negeri dan negara. Namun beliau perlu bersikap realistik.
Apa maknanya menjadi ketua bahagian jika gagal berperanan sebagai ketua bahagian. Ketika UMNO dituntut untuk agresif memperkasakan parti dan mendampingi rakyat lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, ketua bahagian tidak boleh beroperasi hanya dari rumah.
Jika sekalipun beliau merajuk atau merasa tidak puas hati, janganlah sampai boleh menjejaskan kepentingan parti.
Dalam Muhammad diakui cukup berjasa kepada UMNO, rasanya dokongan ahli-ahli parti itu jugalah banyak melonjakkan karier politik beliau selama ini. Dokongan ahli-ahli dan parti turut memberi nikmat kepada pemimpin, yang ada kalanya hakikat itu cuba dilupakan.
Maka sudah sampai masanya Muhammad perlu menyatakan pendirian dan komitmennya kepada parti terutama bahagian Kelana Jaya.
Pada Awang, adalah lebih baik beliau berundur jika sudah tiada komitmen. Jangan biarkan hubungannya dengan UMNO Kelana Jaya tergantung tak bertali. Ia tidak adil kepada UMNO dan ahli-ahli parti.
Kekuatan UMNO adalah pada akar umbi dan sokongan orang Melayu. Tanpa mana-mana pemimpin sekalipun UMNO tetap gagah, apatah lagi sekarang bukan era Muhammad.
Isyarat untuk beliau sudah jelas. Pun begitu, Awang percaya beliau masih sayangkan UMNO. Kesetiaannya kepada parti tidak perlu diragui. Beliau akan membuat keputusan yang bijak untuk kepentingan semua. Awang yakin. (Utusan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Inilah adalah Masjid Al-Shakhrah Selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat diseluruh dunia, tidak lupa buat sahabat seperj...
-
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA RINTIHAN DARI BUKIT AMAN Assalamualaikum..... Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di ...
-
Tahun 1990 saya tinggal di Marang yaitu kampung orang tua saya dan berkebetulan pula berlakunya pilihan raya umum. Tahun yang paling bersema...
-
KEDUDUKAN DALAM TOP RANKING PADA 15 DISEMBER BLOG RANKING ALEXA KEDUDUKAN DI TOP RANKING PADA 11 DISEMBER 1 ...
-
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis 1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. ...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan