Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 18 Julai 2010

Harussani Wajib Nasihat Umno Hayati Islam.


Menjadi tanda tanya kepada saya, atas kapasiti sebagai siapakah Tan Sri Harussani Zakaria beria-ia benar bersedia untuk memainkan peranan sebagai orang tengah atau perantara bagi tujuan menyatupadukan orang Islam PAS dengan orang Melayu Umno?
Sebagai Mufti Perak? Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria wajib menumpukan sepenuh perhatiannya pada amanah dan tanggungjawab kemuftiannyasecara khusus dalam negeri Perak Darul Ridzwan. Tidak menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk urusan penyatupaduan antara dua buah parti politik.
Beliau tidak perlu bersusah payah untuk satu tugasan yang sangat berat, sedangkan beliau gagal melaksanakan satu tugasan ringan yang menjadi haknya.
Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ialah penasihat agama kepada Tuanku Sultan Perak. Tidakkah Tan Sri berasa takut dan malu kepada Allah SWT apabila nasihat Tan Sri tidak diendahkan oleh ahli keluarga Diraja Perak dalam perkara wajib yang terlalu mudah untuk ditunaikan, misalnya dalam rukun menutup aurat.
Sebagai seorang ulama? Sebagai ulama benar atau ulama akhirat, Tan Sri Harussani Zakaria sesungguhnya wajib meletak jawatan apabila nasihat yang wajib tidak dipatuhi; namun, sekiranya Tan Sri yang takuk untuk menyembahkan nasihat, maka beranilah saya mengatakan bahawa Tan Sri bukanlah seorang ulama benar, tetapi hanyalah ulama su' yang takutnya kepada manusia mengatasi takutnya kepada Allah SWT.
Kalau Tan Sri Harussani Zakaria merasakan dirinya itu ulama malaki pada peringkat nasioanal, beliau harus membuktikan peranannya yang berkesan; tetapi hingga ke saat ini setelah lebih kurang dua puluh lima tahun beliau berpeluang memainkan peranannya, saya tidak nampak apa-apa rancangan  beliau yang mampu mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan gejala jenayah pelbagai jenis yang bermaharajalela yang melibatkan orang Islam di Malaysia.
Saya tidak nampak pun apa-apa program Tan Sri Harussani Zakaria secara besar-besaran dalam menolong menjadikan orang Islam Malaysia  ini benar-benar orang mukminin dan mukminat sejati, atau hamba Allah SWT yang bertaqwa kepada-Nya. Menurut satu kajian, sebanyak 80% orang Islam Malaysia tidak menunaikan solat secukup lima waktu dalam masa sehari dan semalam. Aspek dahsyat ini yang patut diutamakan; bukan aspek perpaduan parti politik.
Industri hiburan dan media merupakan tsunami besar yang melanda masyarakat Islam Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja, sehingga menjadikan sebahagian masyarakat Islam Malaysia hilang arah, hilang matlamat hidup dan sesat. Mala petaka ini yang lebih wajib dipedulikan oleh Tan Sri Harussani Zakaria daripada menyibuki urusan PAS. Saya fikir, PAS tidak memerlukan bantuan Tan Sri.
Sebagaimana pengakuannya, Tan Sri Harussani Zakaria tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya, beliau orang tengah yang duduk atas pagar. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia maklum bahawa beliau berpihak kepada Umno. Oleh sebab itu, lebih wajarlah beliau menyampaikan nasihat yang wajib kepada Umno supaya Umno menghayati Islam secara holistik.
Saya berpandangan bahawa seorang ulama waris Nabi wajib senantiasa bersama-sama dengan  jemaah yang jihadnya dan matlamat perjuangannya bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith. Kalau tidak, seseorang itu bukanlah ulama warathatulanbia'; lebih-lebih lagi, jika seseorang ulama itu memusuhi kumpulan jemaah Islam berkenaan, maka ulama yang berkenaan itu pastilah seorang ulama su' atau ulama dunia.
Yangretibase,
Kuala Terengganu.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular