Translate

Selasa, 28 September 2010

Apakah Perkasa Cuba Menganti Umno???

Semakin hari semakin lantang suara Perkasa yang masih lagi berstatus NGO dan tidak mustahil Perkasa yang dibawah pimpinan Ibrahim Ali akan mendaftarkan pertubuhannya menjadi sebuah parti politik.

Sejak Tun Mahathir menjadi penasihat Perkasa, semakin hari semakin celupar mulut presiden dan orang-orang kanannya. Nampaknya Perkasa semakin angkuh sejak dua mejak ini disebabkan semakin ramai ahli-ahli Umno yang terlalu tebal sifat perkauman Melayu menyertainya.
Selepas beliau memenangi Parlimen Pasir Mas dengan ehsan daripada PAS yang tidak sampai hati melihat beliau meraung-raung agar diberi peluang. Walau pun beliau adalah bekas ketua bahagian dan ahli parlimen semasa berada didalam Umno dulu, tetapi pengaruhnya tidaklah kuat sangat . Ini kerana semasa pilihan raya kecil, beliau hilang wang pertaruhan.

Walau pun menang atas tiket PAS, di parlimen beliau bertindak sebagai MP bebas. Inilah sikap seorang yang tidak mengenang budi bagaikan melepas anging yang tersepit. PAS bantu beliau dengan segala kudrat, tenaga dan kewangan, jangan kata nak ucap terima kasih, malah PAS sendiri dibantainya cukup-cukup.

Malah tanpa merasa malu, beliau mengatakan bahawa kemenangan yang beliau perolehi disebabkan pengaruh beliau yang cukup besar di Pasir Mas. Boleh diandaikan yang beliau sememangnya masih terlalu gila talak dengan Umno. Cuma malu untuk meluahkannya.

Oleh kerana beliau tahu pada PRU 13 yang akan datang 1000% PAS akan menolaknya dan Umno pun mungkin kurang berkenan kerana Umno Pasir Mas sendiri mempunyai barisan colan yang ramai. Maka datanglah idea untuk menubuhkan NGO perkauman Melayu.
Tanpa disangka-sangka, Perkasa mendapat sambutan daripada yang terlalu karat akan kemelayuan seperti yang ada pada dirinya. Beliau merasakan yang Perkasa mempunyai peluang yang cerah untuk mengantikan Umno sekiranya Perkasa dinaik taraf menjadi sebuah parti politik.

Dengan mantan PM, Tun Mahathir berada dibelakang, cita-cita besar Ibrahim Ali semakin terbentang luas dalam arena politik sempit perkauman Melayu yang tebal. Umno sudah terasa akan bahangnya apabila ramai ahli-ahlinya menyertai Perkasa.

"Umno tidak akan menghalang ahli-ahlinya untuk menyertai Perkasa atau pun mana-mana NGO" , kata DS Najib dengan sinis apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan. Hakikatnya, betapa bercelarunya hati beliau disebabkan oleh penangan Perkasa.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, kemungkinan akan lahir dua parti baru sebelum PRU 13. Cuma Perkasa yang belum mempunyai logo memandangkan parti yang satu lagi dah awal-awal mempamirkan logo  berserta dengan jualan baju lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular