Ramadhan mula meninggalkan kita dan Syawal mula menunggu kita. Apakah cukup segala amalan kita dengan segala suruhan yang telah diperintahkan keatas kita sebagai umat Muhammad Rasulullah s.a.w. Semoga amalan baik yang kita lakukan di bulan yang diberkati itu akan di Rahmati olah Allah s.a.w. Dengan rendah hati, saya memohon maaf seandainya ada salah dan silap dari saya kerana segala yang baik itu dari Allah s.a.w. dan yang buruk adalah dari diri saya sendiri.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog Musafirlalu yang kerdil ini. Ucapan ini juga saya tujukan kepada blogger Albanjari, Alhusseyn, AbgBro, FZT, semua rakan-rakan blogger dari Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan juga blogger dari BPN dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin.
Buat seluruh keluarga yang berada di Dungun, Marang, Kuantan, Rompin, Bukit Ibam, Ipoh dan KL, semoga sihat sentiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan