Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 12 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.9)


Kem-kem Pelarian

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.



Kebanyakan rakyat Palestin yang dipaksa keluar dari tanah air yang telah mereka diami selama beribu-ribu tahun, sedang berjuang untuk terus hidup di kem-kem pelarian. Angka terkini mereka yang berada di kem-kem pelarian adalah dalam 3.5 juta orang. Mereka yang berada di sana sering didera, ditindas dan dibom oleh Israel.
Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab "keselamatan", dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit. 

Di samping serangan-serangan Israel, rakyat Palestin juga bergelut dengan kepayahan ekonomi, kelaparan dan kemarau.
Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.

Di dalam buku The Israe li Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, se­orang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan da ngan orang-orang Israel terhadap mereka:

Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke banya kan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan - tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.

Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.12 

Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:

...melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan... Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan...dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun.1

Genocide Terhadap Populasi Awam

Israel telah melaksanakan keganasan yang sungguh sistematik untuk menentang penduduk Palestin sejak ia mula-mula ditubuhkan lagi. Kebiasaannya, sasaran utama mereka adalah umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut. Sekarang sudah lebih separuh abad, umat Islam Palestin dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan, dan telah ditembak dan diserang, melihat kediaman mereka dirobohkan dan tanah serta kebun dirampas, dan sentiasa dizalimi dan dikejami. Apa yang sedang berlaku kepada tanah rakyat Palestin mendedahkan genocide dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Israel. 



Israel menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan rifel automatik dan senjata-senjata berat..
Hanya sedikit sahaja serangan-serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas wanita, orang muda dan kanak-kanak Palestin yang dilaporkan oleh media antarabangsa.

Di Palestin, 70 peratus populasi yang terdiri dari orang muda dan kanak-kanak telah mengalami pengalaman diusir, ditahan, dipenjara dan disembelih sejak pendudukan Israel pada 1948. Mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua di tanah air sendiri, dan telah belajar untuk menentang walaupun dalam keadaan yang amat sengsara. Separuh dari mereka yang terkorban di dalam Intifada yang bermula apabila Ariel Sharon melakukan lawatan provokatif ke Dome of the Rock pada Oktober 2000 adalah berumur bawah 16 tahun. 60 peratus dari mereka yang cedera pula kurang dari 18 tahun. Sekurang-kurangnya 5 orang kanak-kanak mati setiap hari di kawasan-kawasan yang terus berkonflik, dan lebih dari 10 orang cedera.
Bersambung......

Harun Yahya
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular