Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 4 Disember 2010

Tahniah Buat Blogger BPN Kerana Mendahului Ranking PR.

 http://3.bp.blogspot.com/_FmAgiyWRJzo/Sz1mM6hYuYI/AAAAAAAAB3A/_X1FAC3y2Fc/s400/bekalan-gula1.jpg
Bukan main seronok blogger BPN kerana peningkatan ranking blog-blog mereka yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia. Ada juga blogger dari Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati berkenaan ranking tersebut. Saya tidak lihat pun ranking tersebut tetapi adalah melihat blog BPN yang tersenarai semasa jengok-jengok blog mereka.

Untuk mendapat kepastian tentang perkara tersebut saya cuba tanya-tanya kat TOP RANKING ONLINE yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Itu pun buat tanya secara berkias, memang betullah blog BPN sudah mendahului blog Pakatan Rakyat dan itu pun pihak TOP RANKING ONLINE suruh tunggu carta yang akan mereka keluarkan.

Olek sangatlah tu bila ranking BPN mereka naik, maka minyak, gas dan gula pun naik sekali... Tahniah. Cuma tunggulah pulak harga barang keperluan yang akan turut naik beriringan dengan minyak dan gula. 

Masa Bajet 2011 yang diumumkan baru-baru ini, bukan seronoknya MP-MP apabila Najib kata TOL tidak akan dinaikkan selama 5 tahun. Rupa-rupanya 'ada udang disebalik batu', memang rakyat benar-benar digula-gulakan oleh Najib. Yang paling seronok sekali ialah Rosmah le....... kerana dapat RM 100 juta lebih dengan projek Permata beliau itu....... berapa ramai sangatlah yang ada IQ tinggi kat negara ini.

Yang nyata, kerajaan UMno/Bn sudah mula meletakkan beban negara keatas rakyat tanpa rakyat sedari. Buat blogger BPN tu........ sound-soundlah sikit tentang beban rakyat dan jangan duk seronok sangat dengan ranking blog mereka.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular