Translate

Rabu, 15 Disember 2010

Tak Payah Susah-Susah Cari Cerita, Layan Je Cerita Barua Umno.





Aku sebenarnya malas nak cerita pasal sorang Menteri ni, yalah kalu aku usik dia kang ada pulak yang terasa, tapi aku takkan nak diam tengok si BABI botak ni buat benda tak senonoh kan? SO Nazri Aziz, i have o talk about you my man! You're just another weirdo psycho!

Apa keheinya kamu nak bawak si Namewee babi tu ke Parlimen jadi tetamu kau beb? Siap tak ikut etika pemakaian pulak tu. Ish! kamu ni Nazri buat malu orang Perak je yop oi! AKu dah tak tau nak cakap apa lagi dah pasal kau ni, aku rasa dah tiba masa kau berehat kat kampong je la kot!

Kau bawak Namewee ke Parlimen dan kau tatang dia bagai minyak yang penuh Nazri! Kenapa Nazri kenapa? Adakah kau merestui penghinaan terhadap Azan yang telah dilakukan oleh dia? Adakah kau seronok tengok dia memaki hamun orang melayu dan menganggap melayu ni bodoh macam babi Nazri?
 Peguam Negara, Ghani Patail menjadi tumpuan sepanjang minggu ini berikutan kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. Sememangnya ramai yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ghani Patail berhubung tempoh yang diambil sebelum Khir Toyo 'diambil', malah ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kadar jaminan yang dikenakan terhadap Khir Toyo.

Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa mendapat diskaun sebanyak RM 3 juta ketika membeli banglo di Seksyen 7 daripada seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Shamsuddin. Hakikat Dr. Mohamad Khir membeli rumah tersebut dengan pinjaman bank merupakan satu fakta yang menarik untuk direnungi.

Namun bagi penulis, itu masalah Dr. mohamad Khir dan beliau perlu menjawab di Mahkamah. Ia juga masalah Rahim & Co sebagai agen penilai hartanah. ia juga masalah Hong Kong and Shanghai Bank (HSBC) sebagai pemberi pinjaman.

Masalah rakyat sekarang ialah ini satu jumlah yang kecil dan sangat naif berbanding kerugian negara akibat penjualan MV Augusta dan Penggabungan AVenue capital – ECM Libra.

Pada masa kekuasaan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi, MOF dan Proton telah menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

MV Augusta dijual dengan harga 1 Euro kepada sebuah syarikat tidak dikenali di Italy. Dalam beberapa bulan kemudian Syarikat ini dijual kepada syarikat permotoran lain dengan harga beberapa ratus juta ringgit. Siapakah yang mendapat keuntungan ini tidak pernah disiasat secara telus oleh Peguam Negara.

Keduanya, Penggabungan ECM Libra dengan syarikat milik MOF Incorporated, Avenue Capital menimbulkan pelbagai tanda tanya pelbagai pihak apabila ECM mendapat Avenue dengan harga yang murah hanya beberapa bulan selepas Khairy Jamaluddin membeli saham ECM Libra. Malahan pembelian ini menimbulkan pelbagai persoalan apabila Khairy mengakui ia membeli saham ECM Libra melalui pinjaman daripada lembaga pengarah yang lain.

Bukankah aneh dan luar biasa Khairy yang merupakan menantu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu diberi pinjaman oleh lembaga pengarah syarikat ECM Libra dan beberapa bulan selepasnya Menteri Kewangan meluluskan penggabungan ECM Libra yang hampir lingkup dengan sebuah syarikat kerajaan yang sedang berkembang pesat (Avenue capital)?

Malahan dalam penggabungan tersebut ECM yang kecil telah menelan Avenue Capital yang besar. Mengapa Pendakwaraya diam membisu urusniaga membabitkan berjuta ringgit ini? Lihat sini mengenai pembabitan Khariy Jamaluddin.

Ketiga Ezam telah beberapa kali mengakui bahawa Khairy Jamaluddin telah membawa Pak Lah bertemu dengan Wan Azizah di London, beberapa bulan sebelum Anwar Ibrahim menang dalam rayuan kesnya. Apakah pernah disiasat sama ada berlaku campur tangan dalam keputusan rayuan Anwar Ibrahim? Apakah Khairy pernah dipanggil memberi keterangan terhadap kemungkinan adanya usaha mempengaruhi Kehakiman dalam keputusan rayuan Anwar Ibrahim?

Tun Ling Liong Sik, Khir Toyo, Azalina Othman said, kasitah Gadam dan ramai lagi pemimpin UMNO boleh disiasat dan ada antaranya didakwa mengapa Khairy jamaluddin masih kebal?

Semua orang tahu Khairy Jamaluddin merupakan pengganggur paling kaya di Malaysia semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Apakah AG pernah menyiasat bagaimana beliau boleh mendapat harta bendanya dengan begitu banyak tanpa sebarang pekerjaan?

Mengapa Peguam Negara takut dengan Khairy Jamaluddin? Pernahkah SPRM menyiasat pelbagai dakwaan terhadap Khairy Jamaluddin? Apakah kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri maka beliau dilindungi dan pemimpin politik lain yang tiada naungan politik boleh disiasat?
(ParpuKari)

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal.....sebuah negara Islam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular