Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 18 Januari 2011

Bukan Aku Kata Tapi Blogger BPN Yang Kata..... Kwek.... Kwek.... Kwek!!!!

Suruh Rosmah diam sehingga selesai PRU-13 boleh ka Najib?


Rakyat hanya akan memberikan sokongan padu kepada Najib andai dia dapat menyelesaikan antara cabaran utama BN menjelang PRU-13 yang salah satunya ialah menjinakkan 'waris jari hantu' belaannya.

Kami sebagai rakyat sudah naik jelak dengan tindakan, arahan, kenyataan dan aksi-aksi terlampau 'SUAMI' Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang saban hari memenuhi ruang media mengalahkan menteri kabinet sendiri.

Rakyat dah lama menganggap perempuan itu adalah Perdana Menteri sebuah negara Islam tak bertudung yang masih belum sedar orang dah lama bercakap pasal NKRA serta menganggap dia sebagai liabiliti kepada BN.

Semua media dan wartawan saban hari dipaksa membuat liputan serta memberi publisiti murahan segala aktiviti yang melibatkan Wanita Negori ini. Jadi Najib, mulai hari ini sehinggalah selesai PRU-13 nanti, kau pastikan wanita kesayangan kau tu jangan banyak songeh, dok ontok-ontok dan jangan asyik perabih duit rakyat sampai kementerian lain terpaksa dipotong bajet hanya semata-mata nak mengilaukan kembali 'Permata dia yang telah lama hilang'.

Terserahlah kepada kau Najib sebagai orang yang memikul tanggungjawab mendidik Rosmah Mansor. Pendokong kerajaan di bawah ni banyak lagi kerja lain nak buat, bukan 24/7 nak pertahankan Rosmah yang tak reti bahasa tu. Jangan nanti rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengajar PM dan 'SUAMI' di PRU-13 nanti.

Kalau Paklah boleh jatuh sebab KJ, tak mustahil kau Najib akan jatuh sebab Rosmah!
(Paneh Miang)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular