Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 22 Februari 2011

Adakah Saiful Homoseksual Pasif?. Adakah Saiful Meliwat Diri Sendiri!!!!


Peguam veteran Karpal Singh hari ini sekali lagi mencuri tumpuan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyoal ahli kimia sama ada Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah homoseksual pasif.

NONEPerbicaraan pagi ini tertumpu kepada persoalan sama ada Jabatan Kimia mematuhi piawaian antarabangsa dalam amalannya mengendalikan sampel atau bahan bukti yang diberikan oleh polis.

Namun, Karpal yang tiba kemudian untuk menyoal balas pakar DNA Dr Seah Lay Hong sekali lagi merobekkan kes pendakwaan.

Beliau mempersoalkan bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur Saiful tidak dicatatkan dan ingin tahu sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.

Dr Seah berkata beliau tidak boleh menjawab soalan itu dan hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak membenarkan soalan tersebut dikemukakan.
"Saya seorang saintis dan bidang kepakaran saya ialah menjalankan analisis terperinci ke atas sampel dan eksibit yang diserahkan kepada saya dan saya tidak dapat memperoleh hasil penemuan seperti dicadangkan oleh peguam," katanya.

Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya.

NONEMenurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.

Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.
Pada ketika itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah soalan itu dan berkata ia patut diajukan kepada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful pada 28 Jun, 2008.

Mohamed Yusof berkata Dr Seah tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) pesakit (Saiful), yang Karpal dalam hujahnya berkata doktor merekodkan kes itu sebagai cubaan liwat dan bukannya liwat.

Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.

Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?

Seah: Tidak mustahil.
Karpal: Hasil penemuan anda pada palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) mengenai kehadiran beberapa profil DNA?
Seah: Ya
Karpal: Di sini, lebih daripada seorang penyumbang, bolehkah anda katakan yang Saiful ialah seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat menjawab soalan itu, saya seorang saintis dan bukannya doktor perubatan.
Karpal: Saya tanya anda berdasarkan hasil penemuan anda pada palitan B dan apa yang direkodkan dalam laporan pro-forma sebagai cubaan liwat, sekali lagi boleh anda katakan Mohd Saiful seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat berikan jawapan.
NONEAnwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Sementara ituBernama melaporkan berlaku pertikaman lidah antara Mohamed Yusof dan seorang lagi peguam bela SN Nair, apabila beliau memberitahu peguam bela itu supaya berhenti membuat "ulasan selari".

Pertikaman lidah itu berlaku apabila Nair bertanya kepada Dr Seah berhubung protokol Jabatan Kimia semasa membuat penandaan pada sampel.

Nair merujuk kepada dua sampel daripada 12 sampel yang diterima ahli kimia pada 30 Jun, 2008 daripada pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.

NONEPeguam itu berhujah Dr Seah tidak mematuhi sepenuhnya protokol jabatan sehingga tarikh pada sampel palitan B4 dan B5 direkodkan 26 Jun, 2008, sedangkan hakikatnya ia direkodkan pada 28 Jun, pada hari ketiga-tiga doktor berkenaan mengambil sampel daripada Saiful di HKL.

Nair: Saya cadangkan kepada anda, anda mungkin telah rekodkan sepertimana tertera (pada bekas plastik), satu tarikh lain pada sampel?

Seah: Ya

Nair: Berdasarkan standard antarabangsa anda, anda patut membatalkan dua
sampel ini?

Seah: Saya tidak setuju.

Nair: Jika anda mempunyai dua sampel yang dibatalkan, anda patut melihat
sampel lain dengan perasaan syak. Anda kata anda mempunyai integriti tinggi,
tidak itu mempersoalkan integriti?

Seah: Tidak. Kita patut beri faedah kesangsian.

Nair: Saya cadangkan kepada anda bahawa anda tanya tahu mengenainya sekarang
dan tidak pernah beritahu kepada pihak pendakwaan?

Seah: Tidak setuju. Ia telah dicatatkan.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah mengesahkan pencemaran pada sampel palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) di mana disahkan kehadiran profil pengadu, lelaki Y dan seorang yang tidak dikenali.

Beliau tidak menolak kemungkinan pencemaran itu mungkin berlaku apabila kawasan (kawasan dubur) bersentuhan dengan permukaan.

Dr Seah juga menolak kemungkinan berlaku pencemaran di makmal Jabatan Kimia kerana kemungkinan itu telah dihapuskan oleh ujian profil DNA semua warga kerja di jabatan itu. (MK)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular