Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 6 Mac 2011

Lintas Langsung Di Kerdau.


NONE
Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.


NONEDi Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim (kiri) berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.


Hassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim (kanan) akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysiaberdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

NONE
Lewat malam tadi hujan telah turun. Keadaan trafik juga baik memandangkan masih belum ramai pengguna jalan raya yang keluar pada waktu ini.


8.00am: Pusat pengundian dibuka secara rasmi. Cuaca baik walaupun dijangka mendung pada petang.



8.15am: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Walau hanya dapat melelapkan mata selama empat jam pada malam tadi, beliau kelihatan cergas dan bersedia untuk mengunjungi pusat-pusat pengundian dalam kawasan itu, seperti amalan biasa bagi calon-calon pilihan raya.

Katanya, beliau berharap pengundi akan keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka

8.30am: Di SK Tekal, suasana tenang dan senyap tidak seperti selalu. SPR menguatkuasakan had sempadan sejauh 50 meter di antara kumpulan penyokong.
NONE
Garisan polis juga dipasang di sepanjang jalan menyebabkan tiada kereta diletak di tepi jalan dan tiada orang ramai berkumpul.



Didapati ada gadis berbaju merah jambu, dipercayai anggota Puteri Umno, dilarang dari mengiringi calon warga emas ke peti undi.


8.45am: Di SK Tekal, jentera PAS dan BN menggunakan taktik memimpin warga emas ke pusat pembuangan undi.


Petugas BN memakai baju berwarna merah dengan tulisan 'Gelombang merah' manakala PAS pula banyak dibantu unit amalnya yang berpakaian seragam berwarna merah tua.

Tiada pondok panas didirikan di sekitar kawasan ini, seperti ditetapkan SPR.

9.47am: Calon PAS Hassanuddin Salim berkunjung ke pusat mengundi di Desa Murni dan turut menyapa seorang pengundi yang sedang memeriksa maklumat di kaunter SPR.

Sementara itu, seramai kira-kira 200 orang penyokong PAS dan 100 orang penyokong BN berkumpul di tepi jalan sambil melaungkan slogan dan ejekan.

Kumpulan PAS melaungkan "Hidup Islam" dan "Hancur rasuah" manakala kumpulan BN yang berada 
di seberang jalan menyambut dengan laungan "Bohong" dan "Hidup BN".
NONE


Hassanuddin yang menyapa penyokong daripada kedua-dua kem berkenaan berkata, beliau melihat sambutan yang baik daripada para pengundi.

Tidak sampai lima minit kemudian, beliau meneruskan perjalanan ke pusat pengundian seterusnya.

Kawasan Desa Murni mempunyai seramai 1,343 pengundi – daerah mengundi paling besar dalam kawasan DUN Kerdau.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis sebanyak 96 undi.


10am: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.

Jurucakap SPR berkata suruhanjaya itu menyasarkan lebih 80 peratus akan keluar mengundi hari ini.


"Sasaran dibuat berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 iaitu 80.3 peratus," katanya, laporBernama.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong PAS dan BN kini berkumpul dan bercampur satu sama lain dalam satu kumpulan di SMK Felda Jengka 25.

Bagaimanapun, mereka dilihat matang dan tidak mengejek sama lain.

Penyokong PAS, terutama wanita rancak berselawat dan penyokong BN cuma bersorak kepada pengundi.

Pemandu kereta juga dilihat mematuhi arahan SPR dengan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas warna biru dan hijau pada kenderaan mereka.


10.20am: Seorang anggota trafik PDRM yang ditugaskan di Felda Jengka 25 berkata, keadaan trafik agak kelam kabut pada awal pagi ini.

NONE
Ramai "orang luar" yang datang untuk meninjau kawasan pilihan raya ini, katanya.

Tambahnya, beliau tidak menjangkakan keadaan trafik akan menjadi terlalu sesak walaupun polis bertindak menukar aliran trafik di situ menjadi sehala.

Anggota itu juga berkata, pegawai atasannya mahu mereka menguatkuasakan undang-undang dengan tegas di dalam kawasan rancangan Felda itu.

Katanya, pegawai berkenaan memberitahu mereka supaya menyaman penunggang sesiapa saja yang didapati tidak memakai topi keledar atau membawa bendera parti.

Tambahnya beliau hanya berada di situ untuk memastikan keadaan terkawal.


10.43am: Di SMK Jengka 25, kebanyakan penyokong PAS dan BN merupakan orang luar. Jumlah penduduk yang tidak ramai membolehkan pengundi mengenali antara satu sama lain.


Kelihatan orang tempatan bertanya kepada perayu undi: "Dari mana ya? Tak pernah nampak."

10.30am: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah keluar mengundi dipercayai telah melebihi 40 peratus.

Sekiranya jumlah keluar mengundi dapat mencecah lebih 50 peratus menjelang tengahari, beliau yakin ia akan melebihi jangkaan jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus.



NONE
10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25.


Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.

"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini.

10.45am: Keadaan lalu lintas menjadi sesak di Felda Jengka 25 ekoran keadaan jalan yang sempit dan banyak kereta yang berpusu-pusu.

Polis bertindak menukar aliran trafik menjadi sehala.


11.25am: Sekumpulan lebih 200 sedang berkumpul di jalan masuk ke SK Jengka 25, tetapi para penyokong parti itu hanya bersorak sekali sekala sahaja.
NONE
Pada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. 

Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini.

PAS mematuhi arahan SPR dengan tidak mendirikan 'pondok panas' di kawasan ini, tetapi BN sebaliknya.

10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25.



Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.

"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini.


11.30am: Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.

Sementara itu, suasana lebih meriah dikesan di Felda Jengka 23, di mana penyokong BN dan PAS saling ejek-mengejek di luar pusat pengundian di SK LKTP Felda 23.

NONE
Kumpulan penyokong dengan kekuatan masing-masingnya seramai kira-kira 100 orang itu berhimpun di pinggir jalan yang menuju ke pusat pengundian berkenaan.

Penyokong BN itu melaungkan "murah" dan "tak sedap" apabila sebuah kereta tiba dengan membawa muatan air botol untuk penyokong PAS.

Penyokong PAS berkenaan bagaimanapun sekadar mengibarkan bendera mereka apabila diejek begitu.

Keadaan di sini secara umumnya aman dengan dikawal sekumpulan anggota polis yang sebahagiannya dilengkapi pistol dan senapang gas pemedih mata.


12.30pm: Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.



1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Kumpulan aktivis berkenaan pada awalnya dilihat menyertai kumpulan petugas BN.

Kelihatan beberapa orang daripada mereka sedang bermain ping pong di hadapan bilik gerakan MBFM yang terletak kira-kira 30 meter daripada SK Jengka 25.

1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.

2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau.

Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung.

2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.


4.15pm: Setakat jam 4 petang, jumlah keluar mengundi ialah 7,336 atau 81.5%.
Jumlah ini adalah melebihi rekod 80.3% yang keluar mengundi dalam pilihan raya umum 2008 bagi DUN Kerdau.

5pm: Tempoh pengundian tamat dan pusat pengundian ditutup. 



5.50pm: Tidak rasmi - 83 peratus atau 7,480 pemilih keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangka kesemua 22 kotak undi dari 13 daerah pengundian akan sampai di pusat penjumlahan di Dewan Tun Razak pada 7 malam.

Beliau berkata, ia tidak akan mengambil masa yang panjang kerana tidak ramai pengundi di setiap saluran pengundian - purata antara 350 hingga 400 pengundi tiap satu. (MK)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular