Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 16 April 2011

Terkini : Benarkah BN Akan Kekal Berkuasa ???


Barisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi saingan menyengat yang tidak pernah disaksikan, kata penganalisis. 
Pengundian bermula pagi tadi dan akan berahir 5 petang ini. 


Menurut penganalisis, kuasa Pakatan Rakyat di Sarawak kini nampak lebih yakin di Sarawak yang mana gabungan tiga parti itu bertanding pada pilihan raya di bawah tiket Pakatan Rakyat. 


Tiga penganalisis memberitahu The Malaysian Insider BN dilihat sekali lagi akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, namun kemungkinan gagal mendapat majoriti dua pertiga. 


Mereka berkata demikian ekoran kempen Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pengundi yang menentang kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mana ia telah menimbulkan sama ada persoalan kenapa BN masih mampu mengekalkan kuasa di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 


Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat mengakui matlamat untuk menang besar agak mustahil, namun kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan satu keputusan matlamat itu boleh dicapai. 


“Kami yakin kami boleh pergi lebih jauh, kami menolak BN yang monopoli kerajaan negeri,” katanya pada sidang media semalam. 


Menurut sumber, Pakatan Rakyat dilihat akan memenangi 34 kerusi DUN dengan DAP menang 13 dari 15  kerusi, diikuti PKR dengan 19 dari 49 kerusi dan PAS menang dua dari lima kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan kemenangan dua pertiga BN dan 36 kerusi untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak. 


Kemenangan Pakatan Rakyat itu dijangka diperoleh sebahagian besar dari kawasan bandar dan kawasan separa bandar, terutamanya yang terletak di bandar-bandar utama dan pinggir bandar. 


Penganalisis dilihat sepakat mengatakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar, menunjukkan suasana politik di Sarawak mula mengalami perubahan besar sejak minggu lalu. 



Ragam pekerja parti di pekarangan pusat pengundian di Dewan Datu Merpati Jepang pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Pengundi pula berkata mereka bukan sahaja tahu mengenai keadaan politik yang berlaku namun bersedia sepenuhnya membantah pentadbiran Sarawak sedia ada. 


Menjelang keputusan yang akan diumumkan malam ini, penganalisis berkata, BN telah menggunakan jentera kerajaan dan jentera parti itu bagi meyakinkan pengundi. 


Sebanyak 1,749 pusat mengundi dibuka hari ini dan 979,796 pengundi berdepan dengan pilihan sukar sama ada mahu “mengundi untuk perubahan” atau undi untuk “tranformasi”, dua mesej kempen olah Pakatan Rakyat dan BN sepanjang 10 hari berkempen. 


Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Dr Faisal Syam Haziz yang memerhati perjalanan kempen berkata sejak 10 hari lalu pengundi merentasi semua etnik komuniti melahirkan rasa kecewa kepada Taib atau lebih dikenali sebagai “Pek Moh”. 


“Mesejnya jelas. Rakyat menuntut perubahan dan saya nampak ia walaupun di kawasan komuniti Dayak. 
“Ramai dari mereka kecewa dengan BN... anda boleh rasa sentimen ini. Janji dibuat untuk sediakan air dan jalan, beri pekerjaan tapi ia hanya dibuat pada pilihan raya,” katanya. 


Faisal berkata prestasi kempen yang dibawa Pakatan Rakyat menyebabkan berlaku undi protes - yang kecewa dengan BN tetapi tidak semestinya menyokong polisi Pakatan Rakyat. 


Tetapi pensyarah itu berkata keadaan ini tidak akan menyerupai tsunami politik 2008 kerana Sarawak berbeza sama sekali dengan Semenanjung. 


“Isunya berbeza di sini, biar saya katakan - saya rasa Pakatan Rakyat akan menang lebih kerusi dan boleh menafikan kemenangan dua pertiga tapi ia pertandingan yang sengit dan tiada siapa tahu parti mana akan menang,” katanya. 


Faisal juga menekankan faktor utama adalah manipulasi dan sogokan, yang dijangkakan akan berlaku hari ini. 
Bagaimanapun ia telah terjadi apabila ada aduan mengatakan ejen-ejen BN mula memberikan pengundi antara RM100 sehingga RM2,000. 


Kampung dan kawasan pendalaman pula mendakwa menerima RM6,000. 


“Dan lihat, Pakatan Rakyat bukan hanya berdepan BN yang telah gunakan jentera pilihan raya yang besar, ia juga berdepan seluruh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 


“Anda boleh perhatikan bagaimana ia sentiasa digunakan di kawasan luar bandar; Kemas, Jabatan Pelajaran, polis, semua jabatan dan menteri membantu kempen pilihan raya itu,” katanya. 


Faisal menyifatkan ia sebagai “politik panadol” kerana ia akan sekat Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi. 


“Ini yang buatkan rakyat selesa, projek mi segera dan pemberian diberikan supaya mengundi BN tapi lepas pilihan raya mereka menderita semula,” katanya. 


Beliau mendakwa jika Pakatan Rakyat dan BN bertanding atas satu gelanggang yang sama rata, Pakatan Rakyat boleh menafikan kemenangan dua pertiga BN dan mempunyai peluang besar untuk memenangi pilihan raya negeri itu. 


Pensyarah Universiti Putra Malaysia Profesor Jayum Anak Jawan kurang yakin peluang Pakatan Rakyat, tetapi bersetuju akan berlaku satu perubahan yang besar berbanding 2006. 


Pada pilihan raya negeri 2006, DAP hanya menang enam kerusi dan PKR satu kerusi. Jayum mengakui Pakatan Rakyat berdepan dengan kempen yang kuat dan telah berjaya menembusi kawasan bandar dan pinggir bandar. 


“Saya melihat ramai yang begitu teruja pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri. 


“Tapi kawasan Bidayuh dan Melayu/Melanau agak sukar... lagipun kawasan ini BN meletakkan muka baru,” katanya. 


Tapi Jayum menjangkakan Pakatan Rakyat masih tidak akan memenangi pilihan raya negeri itu dan keputusan pada malam ini tidak mengejutkan. 


Beliau menjelaskan kebanyakan komuniti seperti Melayu/Melanau, Iban dan Bidayuh setia kepada kerajaan negeri sedia ada. 


“Mereka mungkin tidak gembira dan mengadu tanah mereka dicuri tapi pada pada masa sama mereka akan kekal mengundi BN. Jangan tanya saya kenapa, saya tidak boleh jawab,” katanya. 


Jayum berkata lebih banyak diperlukan untuk “menggoncang” komuniti Dayak keluar dari politik sedia ada kerana mereka kelihatan tidak akan “bertukar kapal.” 


“Atas dasar itu saya tidak yakin mereka akan tinggalkan kerajaan yang ada,” katanya. 


Pensyarah Universiti Teknologi Mara Profesor Shaharudin Badaruddin bersetuju dengan pandangan itu dan berkata, ia adalah bertandingan yang paling sengit yang pernah disaksikan. 


Beliau menjelaskan pada pilihan raya 2001 dan 2006, pengundi tidak keluar mengundi dan kebanyakan mereka lebih selesa menjalankan kerja seharian daripada menyertai mana-mana ceramah politik. 


Shaharudin berkata beliau terkejut dengan perubahan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai “arus kuat” di negeri itu. 


“Ia agak luar biasa untuk lihat perubahan ini, saya melihat pemandu lori kaum Cina mengibar bendera PAS. 
“Saya cuba mengambil bendera PKR sekali tetapi dimarahi seorang wanita Bidayuh, memberi amaran jangan merosakkan bendera itu. 


“Dan, ia berlaku di kawasan luar bandar. Ini juga akan berlaku protes bagi pengundi Melayu... jadi dengan mudah mereka akan dapat lebih 19 kerusi atau nafikan kemenangan dua pertiga BN,” katanya. (Insider)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular