Translate

Sabtu, 16 April 2011

Terkini : 1,038 Pusat Undi Ditutup Setakat 1 Tengah Hari Dengan Pakatan Mendahului BN 8-4




 Hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat pukul 1 tengah hari tadi dengan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun ada kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal 9 pagi, namun proses pengiraan undi hanya dilakukan mulai 12.30 tengah hari. 
Sehubungan itu beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak tengah hari tadi. 
Beliau dipetik Bernama Online berkata, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik. 
“Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah,” katanya kepada pemberita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular