
Namun, menarik juga untuk ditafsirkan bahawa sokongan padu kepada beliau, selain kerana gaya kepimpinan ulamanya, boleh jadi juga kerana anggota parti akar umbi ini turut mendokong pandangan Abdul Hadi yang ada pihak melihat sebagai cenderung kepada perpaduan dengan Umno.
Bolehkah dianggap bahawa mesej perpaduan ini sudah semakin dekat di hati anggota akar umbi PAS sebagaimana dekatnya mesej serupa di hati anggota dan pemimpin Umno, berlatar belakangkan masa depan Melayu dan umat Islam serta kepentingan utama negara?

Apapun bentuk perpaduan yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi, sama ada berupa kerajaan perpaduan atau perpaduan dalam erti kata memperbaiki pinggan yang retak supaya tidak sumbing apatah lagi terbelah, bukanlah persoalannya kerana banyak anggota PAS dan anggota serta pemimpin Umno juga melihatnya secara positif.
Berhenti berbalah
Malah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sudah bersingsing lengan dengan tekad untuk membawa PAS ke dalam BN demi perpaduan orang Melayu dan supaya orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri.

"Bekerjasamalah, bentuklah perpaduan yang boleh menjamin kepentingan bangsa tanpa meminggirkan kepentingan bangsa lain. BN merupakan landasan perpaduan nasional yang sangat baik dan sudah teruji," kata pula anggota Umno, Mohamed Yusuf, yang melihat sokongan kepada Abdul Hadi itu sebagai sokongan kepada usaha perpaduan Melayu.

"Saya juga melihat bahawa pengalaman Abdul Hadi antara faktor beliau dikekalkan sebagai presiden parti walaupun sebelum ini kawasan Bukit Bintang mencalonkan Exco Kelantan Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menyentuh soal pencalonan PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Husam, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata ia mungkin lebih bermotifkan protes.
'Kumpulan Erdogan'
Katanya tentu ada anggota PAS kawasan itu yang mahukan pucuk pimpinan yang baru dengan mencalonkan seseorang daripada apa yang diistilah sebagai 'kumpulan Erdogan' mengambil alih teraju parti.

Penganalisis politik, Abdul Ghapa Harun pula berpendapat pemilihan Abdul Hadi oleh akar umbi disebabkan kekurangan anggota parti yang mempunyai ketokohan dan kematangan seperti presiden PAS itu.
"Kalau tengok daripada segi kepimpinan, belum ada tokoh yang boleh mengambil lih kedudukan presiden dan tidak ada pemimpin yang mampu menyatukan umpulan-kumpulan dalam parti.

Beliau berkata jika sekalipun Abdul Hadi dicabar, lawannya itu mempunyai eluang tipis untuk menang kerana anggota PAS masih beranggapan bahawa sebuah arti Islam perlu ada imej 'tok guru'.
Katanya hala tuju PAS di bawah kepimpinan Abdul Hadi selepas ini tidak akan anyak berubah dan tetap akan memfokuskan kepada perjuangan bersifat agama.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan