Translate

Memaparkan catatan dengan label PAS vs Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS vs Umno. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Januari 2014

Tiada Muzakarah Dengan Umno Kecuali Isu Rakyat.

PAS menegaskan parti itu hanya bersedia untuk mengadakan pertemuan dan bermuzakarah dengan Umno hanya membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat dan ketirisan sahaja dan bukannya isu propaganda daripada Umno.

Jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily, pendirian yang telah ditetapkan oleh PAS jelas bahawa apa jua isu yang berkaitan propaganda tidak akan dilayan malah tidak akan ada sebarang muzakarah antara kedua-dua parti itu.

"PAS jelas dalam pendirian bahawa tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Umno jika sekadar ingin membincangkan isu propaganda yang ditimbulkan oleh mereka seperti isu perpecahan oleng Melayu, isu ancaman kaum bukan Islam dan itu semua adalah propaganda dan mainan politik umno semata-mata. Tidak ada keperluan untuk kita duduk berbincang.

"Mana ada ancaman dari orang Cina, itu semua mainan politik murahan Umno, dia timbulkan isu, lepas tu nak ajak PAS berbincang. Jelas tidak ada muzakarah dalam isu mainan politik Umno," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menjelaskan PAS akan membuka ruang untuk mencari jalan perbincangan jika Umno bersedia mendengar pendapat daripada PAS dalam soal hidup rakyat yang kian tersempit disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Malah katanya lagi, kesudian PAS untuk bermuzakarah juga turut melibatkan soal ketirisan dan rasuah yang semakin meningkat dan membimbangkan.

"Jika ini isunya kita bersedia untuk berjumpa dengan Umno tapi ingat jika ada isu lain diselit, muzakarah itu tidak akan jadi," tegas beliau.

Beliau menjelaskan muzakarah dengan Umno dalam isu-isu propaganda hanya agenda politik mereka bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu sedangkan perkara yang dilemparkan itu tidak pernah berlaku.HD

Ahad, 15 Disember 2013

Bila Otak Berpenyakit Maka Inilah Jadinya.

Saya tertarik dengan komen-komen pembaca artikel yang bertajuk "Dunia Sudah Terbalik, Mat Sabu Pula Diminta Kemuka Bukti" dimana tahap cerdiknya orang yang mengaku bijak agama. Selepas membaca tajuk diatas, anda sendirilah menilainya dari sudut agama dan undang-undang.

  • Tuan Shah,

    Inilah jadinya bila puak puak bangang lagi bengong mentadbir negara. Hukum dan undang undang apa yang mereka pakai?. Undang undang rimba agaknya atau undang undang yang lebih advance dari undang undang dan sistem komunis?

    Lebih bangang dan super bengong ialah kerana kononnya ada bukti Gred A tapi didedahkan pula bukti gred B. Kalau dah bukti gred A itu lebih kukuh dan mampu menutup mulut Mat Sabu, jadah apa mereka simpan dan pendamkan bukti itu?. Bukankah bukti gred A itu akan lebih afdal untuk mereka menangkap dan mendakwa Mat Sabu.

    Pada saya baik Zahid, orang kuat KDN mau pun siapa yang mencanang isu ini, mereka bukan sekadar otak gred B tapi otak gred paling koman kerana gagal bertindak rasional. Malah orang orang begini termasuk Zahid Hamidi tak ubah macam orang gila atau begok atau edan.

    Saya pernah bertanya sendiri Mat Sabu di sebuah masjid sewaktu kami sama sama berjemaah berimamkan seorang imam lantikan Jabatan Agama Islam Negeri. Beliau menarik tangan saya dan menjelaskan memang beliau sakit hati dengan dakwaan sedemikian yang tak sudah sudah. Kata Mat Sabu..perkara ini bukan baru. Kalau lah Mat Sabu ni benar benar berfahaman shiah dan KDN mempunyai bukti yang cukup dan jelas sejak lama dulu, kenapa tidak di dakwa Mat Sabu ke muka pengadilan?. Tidak ini suatu yang pelik dan anih?.

    Abdullah Hassan di Pendang, Kedah merupakan ketua shiah Kedah. Beliau mengaku menganut fahaman shiah. Soalnya kenapa tidak ada tindakan terhadap beliau serta pengikutnya malah sebaliknya beliau pula lebih be4rani menyaman pihak dan individu yang membuat tuduhan terhadapnya?. Apakah Zahid, KDN, JAKIM mau pun JAIK terlepas pandang perkara ini atau mata orang orang seperti Zahid dan sekutunya buta belaka dan tidak bertindak.
    Pada saya Abdullah Hassan serta pengikutnya bebas mengamalkan ajaran berkenaan tanpa gangguan disebabkan mereka tidak mengambil tahu hal politik dan tidak menjadi penentang tegar UMNO BN seperti Mat Sabu. Dan lagi pada hemat saya, orang orang seperti Mat Sabu dan Anwar ini sedang menjadi buruan sebenarnya disebabkan dua tokoh ini berkemampuan besar menyebabkaqn UMNO BN tersungkur. Malah realitinyaq kdua dua tokoh ini menjadi faktur penyatu rakyat Malaysia yang berbilang kaum di Malaysia. 

    Ini sebenarnya yang menggerunkan UMNO BN lebih lebih lagi tanda aras sekarang ini menunjukkan UMNO BN berkemungkinan besar akan tersungkur daqlam GE14 nanti. Maka peranan dua tokoh ini harus dihentikan serta merta dan alasan serta bukti harus dikumpul malah kalau perlu direka bagi menghalalkan pemerintah menangkap dan memenjarakan baik Mat Sabu mahu pun Anwar Ibrahim.
    Selagi undang undang celaka dan sistem kehakiman yang caca marba ini tidak diakhiri, bukan sekadsr Mat Sabu atau Anwar Ibrahim, malah banyak pimpinan pembangkan yang lain akan turut diheret sama. Lihatlah saja nanti.

    Bika kerajaan thaghut dibiarkan terus berkuasa, yang putih pun akan mereka cuba ubah agar menjadi hitam. Maka rakyat Malaysia harus berwaspada dan perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Apa cara sekali pun....kerajaan thaghut hari ini perlu ditumbangkan.

  • Dari Zahid Hamidi yang memulakan isu syiah lalu diserahkan kepada Jamil Khir tunjuk kuasa siasat dan tangkap Mat Sabu tapi Jamil tidak ada bukti terpaksa serahkan semula isu kepada KDN supaya sediakan bukti.

    Maka Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang makan gaji dengan bangganya mengatakan bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat diterima oleh kementeriannya.

    Maklumat kabur itu adalah hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

    Untuk menunjuk kan mereka lebih bijak memperbodohkan orang lain, Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari pula berkata Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

    "...Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar...,"

    Dan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang nak tunjuk lagak hero tapi bodoh, pula berkata beliau akan berbincang dengan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung cadangan penubuhan pasukan 'polis syariah' bagi membanteras ajaran sesat dan fahaman syiah. Jenayah sedia ada tidak mampu nak benteras sibuk dengan tugas baru.

    Oleh kerana nak menutup kegagalan dan kebodohan mereka merancang konspirasi menjatuhkan kerjaya Mat Sabu, maka Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

    Dan paling melucukan melihat kelaku mereka.... ada ratus ribu penganut fahaman syiah dalam Malaysia tidak diusik malah dibenarkan buat laporan polis jika kumpulan mereka diganggu..... cuma Mat Sabu seorang saja dilarang mengamalkan fahaman syiah;.....kenapa ?

    Jika ahli PAS tidak dapat memahami betapa perlunya Mat Sabu diberi sokongan padu dalam menentang kezaliman UMNO Baru dan BN .... anda memang kumpulan lebai malang !
  • Ahad, 1 Disember 2013

    Jika Ada Yang Berangan-Angan Tentang Pengabungan Umno/PAS, Tolong Baca Dulu...

    Parti 'Nyamuk' BN Berkubur Kerana Umno.

    Keputusan pemilihan Kongres India Semalaysia (MIC), rakan utama Barisan Nasional (BN), yang bermula semalam di Melaka terpaksa ditangguhkan sehingga ke petang ini kerana sudah lima kali terpaksa dibuat kiraan semula. Namun ia tidak menjadikannya berita utama media.

    Sebulan lalu, satu lagi komponen BN Gerakan, membuat pemilihannya serentak dengan perbentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri. Ia berjalan begitu sahaja selepas hanya menang satu sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Tidak ramai yang kisah dengan apa yang berlaku dalam parti ini.

    Penganalisis politik berpendapat, pilihan raya umum 5 Mei lalu menjadikan parti-parti ini seperti parti nyamuk. Mereka sedang hadapi kepupusan selepas rakan kongsi utamanya, Umno berjaya menambah sembilan lagi kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Penganalis Khoo Kay Peng (gambar) berpendapat, bilangan kerusi yang sedikit ditandingi dan sedikit pula yang menang daripadanya menyebabkan parti ini semakin sukar berperanan dengan berkesan dalam BN.

    Lagipun, parti seperti Gerakan yang hanya menang satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN menyebabkan ia semakin menyusahkan parti-parti lain untuk terus berkembang.

    Bagaimanapun, Khoo tidak setuju BN memberikan nyawa untuk parti-parti nyamuk ini untuk hidup kerana ia sebenarnya bergantung kepada mereka sendiri.

    Ia sebenarnya bergantung juga kepada Umno yang selama ini menjadi pengikat antara mereka.

    Khoo berpendapat, Umno yang sepatutnya memulakan semula usaha untuk bekerjasama dan bukannya menguasai mereka.

    Jika Umno memilih untuk terus menguasai, parti-parti kecil ini yang akan susah kerana mereka akan terus ditolak pengundi dan akhirnya bakal menuju ke 'tanah perkuburan'.

    "Ketika parti-parti kecil ini melawan parti pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, mereka dianggap sebagai 'anjing' Umno sahaja," katanya.

    "Persepsi dan kemarahan terhadap Umno terutama di kalangan pengundi Cina masih kuat. Hasilnya, mereka juga menentang parti komponen BN yang lain," tambahnya.

    Untuk membolehkan mereka relevan semula, mereka perlu bersatu menghadapi Umno, dengan memaksa agar kesemua mereka dilayan seperti rakan kongsi sebenar dan bukannya digunakan untuk melawan musuh Umno sahaja.

    "Model BN yang hanya melihat hubungan antara kaum serta pecah dan perintah perlu dihentikan. Mereka perlu fokus kepada pentadbiran kerajaan yang baik, melayan rakyat dengan adil – inilah penyelesaiannya," kata Khoo.

    Penganalisa politik dari Universiti Malaysia Sarawak Dr Arnold Puyok berkata, sindrom penafian menyebabkan mereka parti-parti kecil ini semakin hilang relevannya.

    Beliau memberikan amaran, jika sesuatu yang berkesan tidak dibuat, mereka akan berkubur.

    "Mereka perlu bangkit dan berani untuk bersuara terhadap Umno atau rakan kongsi mereka yang lebih besar. Mereka mesti bercakap soal yang menjadi kepentingan rakyat. Mereka hendaklah dilihat tidak menjadi hamba kepada Umno," katanya.

    Ketua Pemuda Kebangsaan Gerakan, mengaku partinya sedang merudum ekoran kekalahan besar mereka dalam PRU12 dan PRU13.

    Namun dia tidak setuju dengan pandangan Khoo bahawa Gerakan adalah parti nyamuk kerana mereka masih boleh berperanan dalam menyuarakan hasrat rakyat.

    Peguam yang berpangkalan di Kedah ini berpendapat, pemimpin Gerakan perlu bercakap lebih berani lagi. Mereka tidak perlu menurut segala arahan kerana tidak ada lagi dalam Kabinet.

    "Menyerang BN dan Umno secara terbuka dalam isu-ius tertentu juga perlu dilakukan," kata Tan.

    "Kita tidak lagi mendapat apa-apa jawatan dan kita tidak boleh lagi bergantung kepada Umno untuk hidup. 

    Jadi tidak perlulah kita bodek Umno sepanjang masa kerana kita tidak mendapat apa-apa daripadanya.

    "Selagi kuat Gerakan membodek Umno, lagi dalam kubur yang kita gali untuk kita,"  katanya.

    Satu lagi parti yang sedang cepat menuju kuburnya adalah parti tertua di Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang kini sudah berusia 64 tahun.

    Akibat pertembungan di kalangan pemimpin dan ditolak oleh pengundi muda bandar, parti yang ditubuhkan oleh golongan kiri dan pekerja Cina – terutama di kalangan gerakan komunis bawah tanah – sebelum ini adalah rakan kongsi penting kerajaan BN.

    Parti yang menjaga kepentingan masyarakat Cina ini pernah mempunyai 19 daripada 71 kerusi dalam DUN Sarawak, kedua selepas Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Masa depannya kini kabur selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2006 dan 2011 dan sekali lagi dalam PRU13.

    SUPP bertanding 19 kerusi – semuanya di kawasan Cina dan beberapa kerusi Dayak di pendalaman – namun kalah tujuh dalam dalam pilihan raya 2006.

    Kini, SUPP hanya ada enam Adun – meningkat hanya kerana mewakili Cina dalam kerajaan melalui Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Penolong Menteri Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin (Senadin).

    Mereka juga mendapat perhatian kerana empat wakil Dayak  – Ranum Mina (Opar); Penolong Menteri Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh); Penolong Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang); dan Rayong (Engkilili).

    SUPP bertambah merudum dalam PRU13 apabila hanya menang satu daripada tujuh kerusi Parlimen yang mereka bertanding iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot yang berjaya mempertahankan kerusi majoriti Dayak iaitu Serian. Riot juga adalah timbalan presiden parti ini.

    SUPP juga kalah kesemua kerusi Cina yang ditandinginya – Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan Miri kepada PKR.

    "SUPP sudah mati dan berkubur," adalah pandangan seorang setiausaha politik kepada ketua menteri terhadap parti ini.

    "Mereka hilang sokongan pengundi Cina dan pemimpin yang ada tidak mampu menghidupkannya semula," katanya yang enggan dinamakan kerana isu ini terlalu sensitif.

    Dia merujuk kepada krisis kepimpinan 2011 yang menyaksikan pemimpin yang menyokong Soon Koh memboikot proses pemilihan yang menyaksikan bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dipilih sebagai presiden.

    Soon Koh memboikot semua usaha rundingan yang cuba dibuat dengan Chin dan hanya menunggu keputusan daripada Pendaftar Pertubuhan terhadap aduannya bahawa pemilihan telah berjalan tidak betul.

    "SUPP tidak boleh dipulihkan. Parti ini perlu ditutup dan ahlinya perlu membentuk satu parti baru dengan mengenepikan semua pemimpin yang ditolak oleh rakyat.

    "Ia umpama kapal yang rosak teruk di tengah lautan dan sedang tenggelam perlahan-lahan," kata setiausaha politik itu.

    Ia bukan lagi mewakili orang Cina tetapi mewakili Dayak sahaja.

    Namun Lim Kak Chiang, wartawan dan pemerhati politik veteran berkata, ia boleh mendapat sokongan semula jika berjaya menyelesaikan krisisnya.

    "Jika parti ini boleh menjaga kepentingan orang Cina, sebagaimana mereka kata mereka buat, buktikan. Sehingga ini saya hanya melihat sedikit saja," katanya.

    Seorang pemimpin muda dari parti komponen BN di Sarawak pula mahu SUPP membuktikan kemampuan untuk menjadi harapan kepada orang muda.

    "Buat satu seminar untuk orang muda. Jika mereka berjaya mengumpulkan antara 8,000 hingga 9,000 peserta, maka mereka boleh berjaya melepasi ujian itu," katanya.

    "Tetapi saya jangka ia tidak mampu untuk kumpulkan 1,000 orang pun." TMI

    Ahad, 11 Disember 2011

    Negara Berkebajikan: PAS Tawar 10 Agenda, Janji Tunai Penggal Pertama Kerajaan.

    PAS yang akan melancarkan dokumen Negara Berkebajikan petang ini, dengan 10 agenda utama merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial, berjanji akan melaksanakannya pada penggal pertama pemerintahan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.
    Parti Islam itu dilihat melancarkan dokumen itu, susulan ucapan dasar muktamar presidnnya Jun lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain PAS, Pakatan Rakyat dianggotai DAP dan PKR.
    Agenda pertama dasar Negara Berkebajikan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih ― yang mahu memperkukuh sistem federalisme, mengkaji semula peruntukan dalam Perlembagaan untuk memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa, menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih sebagaimana dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, memulihkan agensi-agensi awam seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia dan mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam untuk bertindak terhada aduan-aduan rakyat termasuklah bertanggungjawab mengdakan pungutan suara yang diletakkan di bawah Parlimen.
    Di bawah agenda kedua yang menyentuh aspek masyarakat penyayang, aman dan bersatu, dokumen Negara Berkebajikan ini, yang diperoleh The Malaysian Insider menekankan, parti Islam itu akan memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial, menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai debgan matlamat meningkatkan penyertaan individu dan syarikat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin, dan menubuhkan Majlis Dialog Kebangsaan.
    Berkaitan agenda ekonomi mampan, seimbang dan saksama, PAS berkata dokumen Negara Berkebajikan akan menyusun kembali keutamaan pembangunan supaya ‘pertumbuhan’ tidak diukur daripada kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mahu ia selaras dengan matlamat dan strategi pembangunan mampan.
    Ia termasuklah penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan berasaskan keperluan dengan berusaha mengeluarkan 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatn isu rumah RM1,500 ke bawah daripada belenggu tersebut.
    Di bawah agenda itu, dokumen tersebut mahu membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham sebagai alat tukaran alternatif dalam transaksi perdagangan dan perniagaan.
    “(Juga) akan menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan termasuklah pemberian permit import bagi barangan makanan utama.
    “(Dan) mewujudkan mekanisme yang akan memperbanyakkan pembekalan barangan-barangan keperluan pengguna seperti membuka pasaran yang lebih luas kepada kemasukan barangan dari negara-negara membangun dan memperluas jaringan rantaian perbekalan,” kata dokumen 60 halaman, bertajuk Negara Berkebajikan Tawaran PAS, yang akan dilancarkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, petang ini.
    Dokumen itu, PAS berkata, dasar Negara Berkebajikan pihaknya menghayati semangat kebersamaan dan permuafakatan politik Pakatan Rakyat sebagaimana termaktub dalam Dasar Bersama perikatan tersebut.
    Agenda keempat dokumen Negara Berkebajikan menggariskan lima inisiatif, antaranya “memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
    PAS juga menyenaraikan inisiatif mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi kumpulan rakyat yang tidak mempunyai skim perlindungan kesihatan daripada majikan masing-masing, dan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mempertimbangkan skim perkhidmatan kesihatan yang lebih munasabah.
    Agenda kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat menggariskan enam inisiatif.
    Inisiatif-inisiatif itu termasuklah memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf dan lain-lain dengan memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid sebagai pusat sehenti kebajikan masyarakat Muslim setempat, meminimumkan karenah birokrasi sehingga penyampaian perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan boleh berlaku dengan cekap dan cepat kepada penerima dan meningkatkan harga hartanah rakyat dengan menukarkan status hartanah kediaman daripada status pegangan pajakan kepada status pegangan bebas bagi memberikan pengiktirafan hak milik yang kekal dan boleh diwarisi.
    Tiga inisiatif di bawah agenda itu ialah menjamin keberhasilan ekonomi dan jaminan hidup generasi kedua dan ketiga peneroka Felda yang memerlukan dengan mengagihkan tanah melalui Felda Plantation, membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik, dan mewujudkan rumah-rumah sewa di bawah Majlis Kerajaan Tempatan di bandar-bandar besar dengan sewa yang minimum untuk keluarga-keluarga yang memerlukan kediaman transit sebelum memiliki kediaman sendiri.
    Agenda ketujuh juga menawarkan lima inisiatif, antaranya memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia melalui kempen-kempen berterusan seperti menggalakkan kawasan kediaman bebas daripada sebarang aktiviti ‘selepas tengah malam’, dan mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa di bawah akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami mereka bagi membela nasib ibu-ibu tunggal yang tidak berkerjaya selepas ditinggalkan atau kematian suami.
    Dokumen Negara Berkebajikan PAS meletakkan aspek belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela sebagai agenda kelapan.
    Antara inisiatif itu ialah mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat dan bidang bagi menjunjung dan menginsafi hakikat bahawa setiap generasi berhak dan bertanggungjawab ke atas aspirasi dan kemaslahatannya sendiri serta bagi memastikan proses peralihan generasi berlaku secara sihat dan teratur.
    Dua inisiatif lain ialah mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam ke arah mewujudkan struktur gaji sektor awam yang lebih saksama untuk merapatkan jurang pendapatan sektor awam dan sektor swasta selaras dengan haja tuju menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.
    Agenda itu juga mahu meminda akta berkaitan dengan gaji minimum berdasarkan pemuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja dan meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
    Dua agenda lain ialah kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia, dan alam sekitar segar, terpelihara dan lestari.Insider

    Sabtu, 10 Disember 2011

    Najib Sambung Lidah Perkauman Muhyiddin.

    Ahmad Lutfi Othman 

    Di hari-hari awal perhimpunan Umno 2011, Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin cuba mempamerkan "watak wira Melayu" dan "juara Islam". Diserangnya DAP dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Komponen Pakatan Rakyat itu didakwa mahu menubuhkan sebuah republik, yang "mengetepikan jati diri Malaysia berpaksikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan".

    (Pada hari akhir persidangan, Muhyiddin dalam ucapan penggulungan -- selepas mengetuai lafaz ikrar taat setia 'Kami Orang Umno' --  menutupnya dengan doa Rabitah al-Ma'thurat, iaitu doa yang selalu diamalkan aktivis gerakan Islam, sambil membaca terjemahannya. Mukadimah doa itu berbunyi: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

    Masa sama, seteru tradisi Umno,  iaitu PAS, tidak pula dibelasah seperti lazimnya. Malah ada pemerhati, termasuk penalis program TV semasa siaran langsung hari terakhir persidangan,  melihat pendekatan Umno agak lunak terhadap parti Islam itu. Pelik juga ya, saingan Umno dalam PRU13 bukannya DAP tetapi parti itu pula yang diserangnya kiri-kanan.

    Namun, muslihat ini tidaklah sukar untuk dibaca. Motif memburuk-burukkan DAP adalah bertujuan menghasut pengundi Melayu agar tidak mengundi PAS dalam PRU13. Ia selari dengan kempen intensif Umno sejak Mac 2008, yang memalitkan PAS sebagai kuda tunggangan atau alat perkakas DAP dan pelbagai label jahat lain. PAS juga digambarkan sebagai parti yang sanggup menjual prinsip perjuangan Islam, sekali gus mengetepikan kepentingan Melayu, dek keghairahan untuk "memeluk kuasa". 

    Dalam ucapan penangguhan, pada 3 Dis, Najib Razak, menuruti jejak Muhyiddin, dengan turut menimbulkan isu sama, sambil cuba menampilkan imej Umno sebagai pelindung bangsa. Melayu digambarkan berada di tepi jurang dalam, yang akan terjunam jatuh jika mereka memilih Pakatan sebagai kerajaan persekutuan.

    Nada amaran dipertegaskan Najib: "Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri." Segera saya teringat lirik lagu yang sering didendangkan dalam program Biro Tata Negara (BTN), Anak Kecil Main Api: "... bumi dipijak milik orang ... hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri ..." Ya, masih tidak berubah Umno, selain terus memainkan lagu lama, bagi meruntun emosi dan perasaan orang Melayu, sedangkan parti itulah  yang menerajui kuasa sejak merdeka!

    Untuk melengkapkan lagi "ancaman terhadap orang Melayu", Najib turut menyimpulkan: "... Andainya Umno sudah tersungkur rebah dan andainya Umno lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?" Wah, sadis sekali!

    DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. Seolah-olah apabila Pakatan menguasai Putrajaya, maka yang menerajui kerajaan adalah pemimpin DAP. 

    Ini memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyanggahnya: "Dalam Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan KeADILan 97. Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu."

    Dua hari selepas berakhirnya persidangan Umno, di Shah Alam, berdepan ribuan anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib melanjutkan misinya. Katanya, jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, adalah dengan mengekalkan kerajaan Umno-BN.

    Selain mendakwa pakatan pembangkang akan menghakis hak istimewa Melayu, dan menggadai maruah  Islam, Najib melempar fitnah yang diulanginya semasa perhimpunan Umno: "Belum lagi  berkuasa, mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu? Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang  Melayu dan Bumiputera."

    Najib menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. "Jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu merdeka dahulu," ujarnya.
    "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

    (Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Perdana Menteri membuktikan segala tuduhannya itu. Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan “sijil kematian" untuk 1Malaysia yang diciptanya itu. "Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?" tegas Guan Eng).

    Meskipun perbahasan perhimpunan Umno tidak disiarkan secara langsung sepertimana pernah diusahakan Astro di zaman Abdullah Ahmad Badawi -- yang kemudiannya menyebabkan masyarakat Cina bertindak nekad dalam PRU12 -- maka apa yang dilafazkan Najib dan Muhyiddin (yang disiarkan TV), termasuk di hadapan Pekida, umpama telah menamatkan peluang BN untuk mendekati pengundi Tionghua.

    Sebelum ini mungkin yang tercedera hanyalah wajah Muhyiddin, tetapi kini palitan hodoh perkauman itu terpercik ke muka Najib. Saya tidak pasti mengapa Najib seperti sudah putus harap untuk meraih sokongan pengundi Cina. Sedangkan masa sama, sikap politik masyarakat Melayu yang terdedah dengan pelbagai medium informasi, semakin terbuka. Ataupun Umno tetap yakin kecenderungan mengundi majoriti orang Melayu tetap bersama mereka dan jalan mengekalkan sokongan itu adalah dengan terus menimbulkan sentimen perkauman?

    Atau mungkin ini penyakit tradisi yang menimpa mana-mana pemimpin atau parti yang berada di ambang kejatuhan? Mereka gagal membaca maksud isyarat atau mesej yang jelas terpampang di hadapan mata? 

    Justeru, saya bersetuju dengan pandangan beberapa tokoh, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa bahawa masalah besar parti itu bukannya isu "winnable candidate" tetapi mampukah Umno meletakkan dirinya sebagai "winnable party"?

    Dalam siaran berita Awani, Annuar  berkata, makin diperkatakan soal "calon boleh menang", maka tergambar seolah-olah isu calon ini merupakan krisis besar kepada Umno sedangkan persoalan lebih penting apakah Umno itu sebuah "parti boleh menang"? 

    Dalam pada itu, kesimpulan yang dibuat Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam surat terbukanya kepada orang Melayu, menarik perhatian: "Ucapan berapi dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang  faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri."

    Dan tepat sekali rumusan Ustaz Hadi: "Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus." 

    Dan tepat sekali rumusan Ustaz Hadi: "Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus." HarakahDaily
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Catatan Popular