Ketika
banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah
pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum
mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.
Seorang
pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar
Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.
Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.
Pintu belakang mimbar
Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.
Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri.
Katanya,
beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya
didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut. Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ.
Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan. MK
1 ulasan:
nak buat mcm mana,Hutang mengikat lidah dia..kan umat malaysia banyak hutang, mcm2 punya punya hutang dari pelbagai spesies2.RAKYAT MESIA BANYAK HUTANG..NE LAH YG UMNO NAK.!HUTANG ISI RUMAH MALAYSI TERKENAL 1WORLD OR 1BUMI...MAMPUILAH KITA tapi sebelum tu kena mampuikan UMNO dulu..kah3.
Catat Ulasan